Pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar menekankan bahawa setiap perbelanjaan perlu dilakukan secara bijak tanpa terlalu menurut kehendak nafsu semata.

Artikel Berkaitan: ‘Ketika Pulang Beraya, Jangan Biarkan Haiwan Peliharaan Kelaparan Di Rumah’ – Ustaz Wadi Annuar

Artikel Berkaitan: ‘Baguslah Makin Kurang Yang Terikut Trend Joget Raya, Ibu Bapa Perlu Tegur Anak Jaga Adab’ – Ustaz Wadi Annuar

Bazir beli mercun

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ustaz Wadi menegur segelintir pembeli mercun yang dianggap berlebihan demi memenuhi kepuasan diri.

Tambah Ustaz Wadi Annuar, terdapat banyak perkara yang lebih bermanfaat untuk diutamakan berbanding membelanjakan wang bagi mercun mahal demi menyambut sambutan hari raya.

Demi kepuasan diri, ada yang sanggup berhabis duit membeli mercun yang mahal.

Berhibur tidak salah, cuma ambil masa sejenak untuk berfikir.

Jika ada perkara yang lebih bermanfaat, utamakanlah yang itu dahulu.

Netizen setuju

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan teguran Ustaz Wadi sekali gus mengingatkan keadaan ekonomi yang kian mencabar.

Sumber: Threads @ustazwadiannuar