
Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun menjawab persoalan berkaitan hukum wanita beragama Islam menyertai aktiviti zumba secara terbuka di khalayak ramai.
Artikel Berkaitan: Pakaian Kak KM Sekeluarga Ditegur Individu Bukan Islam, Ustazah Asma’ Harun Beri Teguran Keras – ‘Saya Malu Sebab Sudah Melampau’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hukum Ambil Pil Pencegah Haid Untuk Puasa Penuh, Ustazah Asma’ Harun Beri Pencerahan – ‘Ada Hikmah Allah Bagi Cuti’
Wanita zumba di khalayak ramai

Menerusi perkongsian dimuat naik di Facebook, Ustazah Asma’ menjelaskan niat untuk sihat sangat baik tetapi tidak menghalalkan cara yang bercanggah dengan syariat.
Isu utama bukan hanya pada pakaian semata-mata, tetapi juga pada pergerakan badan yang menyerupai tarian, rentak muzik yang rancak dan dilakukan pula di hadapan umum.
Zumba adalah senaman berasaskan tarian moden yang sememangnya menarik perhatian, lebih-lebih lagi jika diperhatikan oleh lelaki ajnabi.
Dalam keadaan seperti itu, ia tidak lagi sekadar senaman, tetapi boleh menjadi ruang kepada fitnah dan pintu maksiat.
Menjelaskan lebih lanjut, Ustazah Asma’ berkata walaupun tiada interaksi fizikal antara lelaki dan wanita namun pandangan mata yang tidak dijaga boleh mengundang dosa.
Tak sesuai di tempat awam

Dalam pada itu, dia menjelaskan menurut Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin mengingatkan bahawa bukan hanya aurat luaran yang dijaga, tetapi juga gerakan tubuh wanita yang boleh membangkitkan syahwat lelaki.
Suasana terbuka menjadikan wanita mudah diperhatikan, dirakam, bahkan mungkin dikongsi ke media sosial tanpa izin.
Sedangkan Islam sangat menjaga maruah wanita dan setiap langkah keluar wanita dari rumah perlu disertai dengan rasa takut kepada fitnah dan kehinaan.
Sementara itu, Ustazah Asma’ memberi cadangan kepada wanita Islam yang ingin kekal sihat boleh memilih cara yang lebih selamat dan patuh syariah seperti melakukan tempat senaman di tempat tertutup khusus untuk wanita sahaja.
Sumber: Facebook





![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)


