Pendakwah selebriti, Ustazah Asma Harun menegur perbuatan mengetatkan alat kelamin yang boleh membawa kepada hukum haram.

Artikel Berkaitan: ‘Reaksi Saya & Kak KM Bukan Lakonan, Itu Adalah Saling Hormat & Kasih Mesra’ – Ustazah Asma’ Harun

Artikel Berkaitan: ‘Hentikan Normalisasi Konten Sweet Bagi Pasangan Belum Nikah’ -Teguran Terbuka Ustazah Asma’ Harun

Boleh jatuh hukum haram

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Facebook, Asma menitipkan pesanan agar tidak bercerita secara umum tentang rawatan yang dilakukan.

Tambah Asma, perbuatan yang dilakukan usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz itu seumpama membuka aib keadaan alat sulitnya.

Boleh jatuh hukum haram ya buat rawatan alat kelamin atas tujuan ketat dan cerah. Walaupun alasan untuk suami. Aurat besar dan ubah.

Jangan buka aib diri bercerita buat rawatan tersebut. Ia seperti beri bayangan aib alat sulit.

Hukum mengikut keadaan

Dalam pada itu, Asma menjelaskan jenis hukum melakukan rawatan ‘laser vaginal tightening’ mengikut Dr Soleh Muhamad Al-Fawzan menerusi kitabnya Al-Jirahah Al Tajmiliyyah.

Harus bagi tujuan merawat penyakit (daruriyyat) atau kecacatan akibat kesan kemalangan agar dapat mengembalikan semula bentuk asal serta memulihkan fungsinya.

Haram bagi tujuan kosmetik (tahsiniyyat) semata-mata mahupun meningkatkan kepuasan seks pasangan.

Larangan tersebut atas faktor seperti berikut: kelonggaran faraj merupakan proses semula jadi akibat penuaan, atau kekerapan bersalin, maka ia termasuk dalam mengubah ciptaan Allah.

Ancaman fitnah kerana melibatkan pendedahan aurat yang bukan bertujuan keperluan perubatan.

Perkara yang perlu dipertimbangkan dalam penentuan hukum adalah niat melakukan rawatan tersebut sama ada ia bertujuan kosmetik semata atau dasar maslahat daruriyyat atay hajiyyat.

Imbas kembali, seorang usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz berkongsi pengalamannya melakukan laser pada bahagian alat sulit sebagai salah satu bentuk penjagaan diri.

Bagaimanapun, perkongsian itu menyifatkan Sasha tidak sensitif dengan membuat hantaran sedemikian malah ada yang memaklumkan bahawa prosedur tersebut hukumnya adalah haram.

Sumber: Facebook @ustazahasma’harun