Pendakwah selebriti, Ustazah Asma’ Harun, tidak dapat menahan sebak apabila membaca pelbagai perkongsian di media sosial mengenai kebaikan Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jari Sentiasa Gengam Tasbih & Berzikir Perlahan’ – Mohd Shahar Dedah Sisi Bung Moktar Dalam Sidang Parlimen

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Tinggal Solat, Rajin Mengaji & Pemurah’ – Orang Ramai Singkap Sisi Sebenar Allahyarham Bung Moktar

Kebaikan Allahyarham

Menerusi hantaran di Facebook, Asma’ turut menasihati orang ramai agar menjadikan pemergian arwah sebagai peluang untuk muhasabah diri dan mencontohi nilai-nilai kebaikan yang ditinggalkannya.

Makin sebak pula bila begitu ramai yang menuliskan dan berkongsi tentang kebaikan dan kemulian hati Allahyarham Bung Mukhtar. Boleh jadi kerana beliau begitu berbeza dengan apa yang dilihat dan dinilai.

Jelasnya, kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas, walaupun sekecil zarah, pasti akan diperlihatkan balasannya di dunia atau akhirat.

Surah az-Zalzalah 7: Maka sesiapa yang melakukan kebaikan walau seberat zarah, nescaya akan diperlihatkan balasannya.

Lakukan sebanyak mungkin kebaikan tanpa menceritakannya. Riwayat Muslim: Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, yang merasa cukup (qana’ah), dan yang menyembunyikan amalnya.

Menjaga solat, zikir & baca Al-Quran

Seterusnya menjaga solat, zikir, dan bacaan al-Quran dengan istiqamah membantu membina hubungan yang lebih dekat dengan Allah.

Riwayat al-Tirmidzi: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RA bertanya, ‘Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?’.

Rasulullah SAW bersabda: ‘Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.’

Riwayat Ahmad, Abu Dawud, Tirmizi, dan Hakim: Berbelas kasihlah, nescaya kamu akan dikasihi. Maafkanlah, nescaya Allah akan mengampuni kamu. Barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.

Selain itu, bersikap pemurah kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan pujian atau balasan mendekatkan seseorang dengan Allah, manusia, dan syurga, serta menjauhkan dari neraka. Orang yang pemurah lebih dicintai Allah daripada seorang ahli ibadah yang bakhil.

Untuk info, Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada awal pagi Jumaat.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang serta jangkitan pada bahagian paru-paru.

Jenazah kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, Kota Kinabalu pada hari yang sama.

Hantaran di Facebook

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun