berita

Ustazah Asma’ Kecewa Tengok Baju Raya Sarung Nangka & Tudung Singkat Lilit Leher Jadi ‘Trend’

March 10th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Makin hampir dengan bulan Ramadan, makin ‘rancak’ pereka fesyen dan usahawan mengadakan majlis bagi memperkenalkan koleksi baju raya Aidilfitri tahun ini.

Artikel Berkaitan: Ustazah Asma’ Harun Tegur ‘Influencer’ & Pelakon Lelaki – ‘Jangan Kerana Fesyen & Ikut Trend Sanggup Memakai Yang Haram’

Baju sendat jadi trend

Susulan itu, penceramah bebas, Ustazah Asma’ Harun tampil meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir pereka fesyen yang menghasilkan busana raya ketat sehingga menampakkan bentuk badan model Muslimah.

Kata Asma’, fesyen itu ternyata tidak berlandaskan syariat Islam.

Jangan rosakkan 1 Syawal

Di ruangan komen, rata-rata warganet berfikiran dan berpendapat sama seperti Asma’. Ada yang mengingatkan golongan suami dan bapa untuk memerhati pemakaian isteri serta anak perempuan mereka.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut sudah mendapat lebih 40,000 tanda suka dan 500 komen.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×