Pengacara dan personaliti televisyen, Uyaina Arshad meluahkan rasa gerun apabila memikirkan keadaan bersalin yang kini merupakan kali ketiga perutnya bakal dibedah melalui proses pembedahan Caesar atau C-section.

Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Undur Diri Dari Wanita Hari Ini Selepas 9 Tahun – ‘Tak Ada Sengketa, Sudah Tiba Masanya’

Artikel Berkaitan: Jadi Bahan Kutukan, Uyaina Arshad Tidak Berdiam Diri – ‘Ini Adalah Buli Siber & Ia Tidak Okay’

Kali ketiga perut dibedah

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 33, dilihat mengimbas kembali momen melahirkan anak pertama dan kedua.

Ujar Uyaina, perasaan ketika itu sama seperti pergi berperang.

Bila duduk sorang-sorang, teringat ketakutan nak bersalin.

Saya dah dua kali caesar. Pertama sebab kecemasan dan kedua sebab dah rancang, sama seperti yang ketiga.

Tiga kali perut akan dibedah.

Bila ditolak atas katil, itu adalah momen tawakal paling tinggi untuk saya. Rasa macam nak pergi berperang.

Ketakutan bersalin

Dalam pada itu, Uyaina berpendapat setiap cara yang digunakan bagi proses bersalin merupakan momen yang merisikokan bagi ibu mahupun bayi.

Ujarnya lanjut, dia hanya mampu berdoa agar segalanya berjalan lancar.

Bersalin ini, tak kisah cara normal atau bedah, ianya 50/50.

Dan ketakutan itu adalah benar.

Hanya mampu berdoa dan berserah semoga segalanya berjalan lancar.

Itu saja yang boleh dilakukan.

Sumber: Threads @uyainaarshad