Selepas hampir sedekad mengemudi program Wanita Hari Ini (WHI), pengacara dan personaliti televisyen, Uyaina Arshad mengumumkan pengunduran dirinya daripada rancangan bual bicara popular terbitan TV3 itu.

Artikel Berkaitan: Jadi Bahan Kutukan, Uyaina Arshad Tidak Berdiam Diri – ‘Ini Adalah Buli Siber & Ia Tidak Okay’

Artikel Berkaitan: ‘Ramai Kecam Tapi Pernah Korang Jumpa Dia Depan-Depan? – Staf Kongsi Sisi Baik Uyaina Arshad

Tinggalkan WHI

Menerusi hantaran di Instagram, Uyaina, 32, berkata, keputusan untuk berundur adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan berpunca daripada sebarang konflik atau salah faham.

Selamat tinggal Wanita Hari Ini TV3. Selasa adalah hari terakhir saya mengacarakan program ini. Saya yang memilih untuk pergi. Kalau ada yang tertanya kenapa? Jawapannya cuma satu, kerana sudah tiba masanya.

Tak ada sengketa, tak ada salah faham. WHI adalah rumah saya. Team WHI adalah keluarga saya. Saya sayang program ini sama seperti sayangnya saya kepada setiap individu yang menjayakannya.

Mengulas lanjut, Uyaina menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira banyak faktor termasuk untuk mengembangkan kerjaya dan meneroka peluang baharu dalam karier seni serta dunia penyiaran yang diceburinya.

Bukan mudah untuk buat keputusan ini, tapi saya rasa dah tiba masanya untuk seorang Uyaina Arshad mengorak langkah menuju sesuatu yang baru.

Kadang-kadang kita hanya perlu tahu bila masa yang sesuai untuk pergi. Sometimes, you just need to know when to leave.

Selama sembilan tahun bersama WHI, Uyaina menyifatkan peluang tersebut sebagai pencapaian yang amat bermakna dalam perjalanan kariernya.

Alhamdulillah. Pencapaian terbesar saya adalah diberi kepercayaan tahun demi tahun untuk mengemudi sebuah program sehebat WHI selama sembilan tahun. Ia bukan satu tempoh yang singkat.

Masya-Allah. It is something that I am very proud of. Di sinilah tempat saya belajar menjadi seorang pengacara yang baik. Menyusun setiap kata-kata, menjaga sensitiviti dan menghidupkan suasana.

Dalam nada penuh penghargaan, Uyaina turut mengucapkan terima kasih kepada penonton setia WHI dan semua pihak yang telah memberikan kepercayaan serta sokongan kepadanya sepanjang mengendalikan program tersebut.

Paling penting, menghiburkan dan menyampaikan ilmu sebaiknya kepada penonton. Terima kasih kerana menerima saya dan menjadikan WHI sebahagian daripada rutin harian anda.

Sumber: Instagram