berita

Uyaina Tanya Pengikut IG Boleh Ke Minum Susu Kambing Ketika Hamil, Dr Malar Bagi Tips

August 2nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengacara, Uyaina Arshad berkongsi tips pengambilan susu kambing kepada pengikutnya di Instagram. Menurut Uyaina, info yang diperoleh olehnya daripada Dr Malar itu sangat berguna dan sesuai dikongsikan bersama ibu mengandung di luar sana dan mereka yang mempunyai anak kecil.

Susu kambing bagus untuk ibu mengandung?

Sebelum minum susu kambing, Uyaina sempat bertanyakan pandangan pengikutnya berkenaan pengambilan susu tersebut. Selain mendapatkan pandangan daripada pengikut, Uyaina turut bertanya soalan yang sama kepada Dr Malar Santi. Ternyata jawapan yang diberikan oleh Dr Malar membuatkan Uyaina sedar bahawa susu tersebut tidak sesuai diminum oleh ibu mengandung sekiranya bacaan darah mereka tidak normal dan mempunyai masalah hati.

Menurut Dr Malar, semua jenis susu binatang boleh membawa bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan manusia jika tidak dipasteur dan disteril.

Susu lembu ka, susu kambing ka, susu unta ka, kalau anda terima yang mentah, tak payah minum mentah-mentah. Anda mesti masak dahulu sampai mendidih atau mempasteurkan susu sebelum selamat diminum oleh manusia. Jika anda beli susu fresh di kedai, ia sudah dipasteur dan disterilkan. Tetapi jika anda terima susu yang baru diperah dari ladang ternak, ia susu perlu dimasak. Apa bakteria yang boleh memudaratkan manusia dalam susu? Jawapan dia brucella, campylobacter,e.coli, listeria, cryptosporidium dan salmonella.

Di akhir perkongsian, Uyaina menegaskan bahawa semua susu sebenarnya boleh diminum. Cuma, susu tersebut perlu dipasteur dan disteril terlebih dahulu agar tiada bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan. Tambahnya, susu kambing mempunyai kalori yang tinggi.

Nasib baik doktor view story Yana sebab ada info yang Yana terlepas pandang berkenaan susu kambing. Jangan bagi baby susu kambing sebab boleh menyebabkan gagal fungsi hati. Keguguran boleh berlaku kalau minum susu mentah. Ibu mengandung boleh je minum susu apa sekalipun asalkan dah dipasteur dan disteril.

Sumber: Uyaina Arshad

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×