berita

Vakum Rumah “Cordless”, VAX ONEPWR Menawarkan Pengalaman Pembersihan Yang Lebih Efektif!

November 27th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Bukan mudah menjadi seorang suri rumah tangga. Tak kisahlah suri rumah tangga sepenuh masa atau ibu yang berkerjaya, hakikatnya korang tak boleh lari dari tugas menjaga dan memastikan kediaman korang sentiasa bersih.

Kerja-kerja membersih tak mudah ye. Nak kena menyapu, mengelap, mengemop, membasuh dan banyak lagilah! Memang memakan masa nak cuci seluruh rumah.

Bersihkan rumah sekelip mata dengan “cordless” vakum VAX ONEPWR!

Sekarang korang tak perlu risau lagi, kerja-kerja membersihkan rumah jadi lebih mudah dengan adanya VAX ONEPWR – “satu siri sistem pembersihan tanpa wayar yang terkini”.

Menariknya, vakum VAX ONEPWR ni cordless tauIanya boleh digunakan di mana-mana saja dan masa penggunaannya adalah unlimited*.

Kalau vakum yang berwayar korang cuma boleh guna dalam kawasan terjangkau tapi dengan VAX ONEPWR, korang boleh vakum seluruh rumah tanpa risau. Tak perlu bertukar-tukar plug point kerana vakum VAX ONEPWR adalah cordless.

4 model VAX ONEPWR ada fungsi tersendiri, tak rugi kalau beli!

Menawarkan 4 model dengan fungsi “multi purpose” korang akan rasa sendiri kelebihan menggunakan vakum keluaran VAX berbanding vakum-vakum lain.

Salah satu “best seller” VAX ONEPWR adalah model VAX Glide. Ia mempunyai fungsi mengemop yang cukup menarik kerana model VAX ONEPWR Glide Hard Floor Cleaner ini dilengkapi dengan “Twin Tank Technology”. Ia membahagikan tangki air bersih dan tangki air kotor.

Dengan adanya “Auto Clean System” ini, ia memudahkan proses untuk membersihkan mesin selepas korang menggunakan vakum VAX Glide untuk mop tumpahan makanan atau minuman.

Bukan itu saja, VAX Glide mampu membersihkan, mencuci dan mengeringkan lantai rumah korang dalam satu masa. Nak lagi efektif, korang guna VAX ONEPWR Solution, gabungan air dengan cecair pembersih ini mampu membunuh sehingga 99.9% bakteria.

Di samping itu, bagi yang mahukan vakum dengan kuasa sedutan yang “power” dan harga mampu milik, korang boleh cuba model VAX Blade 3 atau model VAX Blade 4. Kedua-dua vakum ini sesuai digunakan untuk membersihkan habuk-habuk halus di semua permukaan lantai, karpet, katil dan sofa.

Bahkan, kedua-dua vakum ini telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu vakum terbaik di United Kingdom, UK.

  • VAX Blade 4Proven to clean carpets better than the UK’s Top 3 best-selling cordless vacuum cleaners*.
  • VAX Blade 3The cleaning performance of the UK’s best-selling corded uprights*

Vakum VAX ONEPWR boleh beroperasi sehingga 45 minit untuk sekali caj. So, caj sekali je dah boleh bersihkan keseluruhan lantai rumah termasuk karpet.

VAX SpotlessGo, kecil tapi berkuasa!!

Untuk pengetahuan korang, model VAX SpotlessGo ialah cordless spot washer yang berupaya membasuh karpet, kusyen sofa, kusyen kereta, tilam dan sebagainya.

Jadi, kalau air atau makanan tertumpah atas sofa, korang boleh bersihkan sendiri tanpa perlu upah orang atau hantar ke kedai. Nak guna untuk bersihkan car seat kanak-kanak pun boleh. Guna sekali dengan VAX ONEPWR Solution, barulah terjaga kebersihan dan kesihatan anak-anak korang.

Bateri tahan lama, mudah untuk dipasang.

Istimewanya  vakum VAX, kesemua model vakum diorang menggunakan bateri external yang boleh diguna pakai oleh semua model vakum diorang.

Bagi korang yang ada lebih dari satu model VAX ONEPWR atau memiliki kawasan rumah yang sangat besar, korang boleh beli bateri VAX secara berasingan. Ada la bateri spare, incase bateri lama dah kong. Sambil tunggu bateri lama caj, kerja pembersihan rumah tetap boleh terus dilakukan.

Selain itu, bateri VAX ONEPWR 4.0 tahan lama sehingga 45 minit penggunaan. Yang penting, bateri mudah dicaj dan tak perlukan masa yang lama untuk fully charge.

Lagipun bateri VAX mudah sangat nak caj hanya letakkan bateri pada battery dock yang disediakan dan plug-in saja. Senang kan?

Teknologi dari UK, dengan pengalaman lebih 40 tahun dalam penjagaan lantai

Diasaskan oleh pengusaha Alan Brazier, vakum VAX dah mula dipasarkan secara global sejak tahun 1995 dan produk keluaran mereka kini boleh didapati di lebih 50 buah negara serata dunia.

Menariknya, vakum VAX juga sebahagian daripada TTI, iaitu market leader dalam penghasilan power tools, produk penjagaan lantai dan produk elektronik. Vakum mereka, model VAX 101 telah menjadi pembersih vakum paling laris di UK. Hebatkan?

Ini pengalaman sebahagian pengguna vakum VAX ONEPWR.

Inilah kehebatan VAX ONEPWR Blade 4. Nak bersihkan karpet jadi sangat mudah. Ianya mampu membersihkan partikel halus dengan berkesan. Bunyi vakum pun tak bising sangat dan bergantung pada mode yang korang guna.

Mode biasa lebih perlahan bunyinya dan jimat tenaga. Namun begitu, korang boleh select “boost mode”,  ia boleh menyedut dengan lebih kuat dan powerful, sesuai untuk kawasan yang lebih kotor. Jika tidak, boleh pakai mode biasa saja untuk kegunaan harian. 

VAX SpotlessGo pun tak kurangnya hebatnya. Walau saiznya kecil tapi ianya berfungsi setaraf dengan vakum yang bersaiz besar. Paling best, selepas menggunakan VAX SpotlessGo korang tak perlu nak jemur, bantal, karpet atau kusyen korang dalam tempoh yang lama.

Inilah hasil setelah membersihkan kerusi kereta diatas. Kotor gila air hasil pembersihan kerusi kereta tadi. Geli pulak tengok.

Bersih lantai bila korang guna VAX ONEPWR Glide Hard Floor Cleaner untuk mop tumpahan sos di lantai. “I like”! Tak perlu lagi nak bawa baldi berisi air dan mop bila anak tertumpah makanan atau sos dilantai lepas ni. Mudah kerja!

Buat masa ini, vakum VAX ONEPWR ekslusif untuk outlet Harvey Norman. Jadi, korang bolehlah berkunjung ke Harvey Norman untuk check out sendiri kelebihan vakum mudah alih VAX ONEPWR.

Produk ini diedarkan oleh Syarikat Visionary Solutions Sdn Bhd -Pengedar produk premium dan produk berkualiti tinggi. Syarikat Visonary Solutions juga turut mengedarkan produk-produk elektrik berjenama seperti KitchenAid, Laurastar, Dafni dan banyak lagi.

Nak tahu lebih lanjut mengenai VAX ONEPWR, korang boleh klik link di bawah.

Website pembelian: Harvey Norman

Facebook: VAX Malaysia

Instagram: @vaxmalaysia

Buat pembelian sekarang atau korang boleh saksikan live demo di cawangan Harvey Norman yang berdekatan.

×