berita

Vanidah Imran Sah Bergelar Isteri Kepada Arifabillah Idris Dalam Satu Lafaz

July 7th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pelakon terkenal Vanidah Imran kini secara rasmi bergelar isteri kepada seorang jurutera, Arifabillah Idris, 43 tahun selepas kedua-duanya disatukan, pagi tadi.

Disatukan dengan satu lafaz

Foto: @luxurycapturephotography

Vanidah yang berumur 49 tahun, sah bergelar isteri kepada Arifabillah dengan hanya sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan yang dihadiri oleh 50 tetamu terdiri daripada kalangan keluarga dan teman rapat.

Majlis pernikahan berkenaan dikendalikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi dengan berwalikan adik Vanidah, Johan Imran di sebuah premis di Titawangsa, Kuala Lumpur, sekitar pukul 12.12 tengah hari.

Vanidah dan Arifabillah walau bagaimanapun telah bersepakat untuk tidak berkongsi jumlah wang hantaran sebagai memenuhi permintaan keluarga.

Pelakon filem Perempuan Melayu Terakhir itu turut menerima mas kahwin berbentuk seutas rantai emas daripada suaminya selain masing-masing berbalas dua dulang hantaran.

Banyak persamaan dengan suami

Foto: @luxurycapturephotography

Menurut Vanidah, untuk kembali bergelar isteri bukan sesuatu perkara yang mudah, namun berkat restu seluruh ahli keluarga dan sokongan rakan-rakan, niat baik itu dipermudahkan oleh Allah.

Justeru, Vanidah mengambil keputusan untuk mengunci mulut dan tidak menghebahkan perancangan hari bahagia itu.

Sejujurnya yang hanya tahu saya dan Arifabillah mempunyai hubungan istimewa hanyalah kawan rapat selain keluarga dan dua anak saya, Mikail Aimran dan Maryam Rashika.

Kawan rapat pun hanya dimaklumkan saya beberapa hari sebelum majlis pernikahan. Ada di antara mereka terkejut dengan berita ini, namun dalam masa tumpang gembira terhadap keputusan dibuat.

Kata Vanidah, dia gembira dan bersyukur kerana bertemu jodoh dengan Arifabillah yang memiliki persamaan dengannya.

Kami pernah berkahwin. Masing-masing pernah melalui pengalaman hidup berumah tangga. Dia sebelum ini berstatus duda kepada empat cahaya mata.

Jadi paling utama dalam memutuskan soal membina masjid kami, perasaan dan hati anak-anak perlu diutamakan.

SKIP THIS AD ×