berita

Varian Baru Covid-19 Dikesan Di Indonesia, Dipercayai Dari Malaysia

April 18th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Media Indonesia semalam melaporkan terdapat satu lagi varian baru COVID-19 dikesan di Indonesia iaitu B1525 yang dipercayai dari Malaysia selepas seorang rakyat negara itu pulang ke negaranya dan disahkan positif.

Dijangkit dari seorang pesakit yang kembali dari Malaysia

Sekadar gambar hiasan

Menurut jurucakap Vaksinasi COVID-19 Kementerian Kesihatan Indonesia, varian terbabit telah ditemukan di Batam, Kepulauan Riau yang dijangkiti oleh seorang pesakit yang kembali dari Malaysia pada Februari lalu.

Satu spesimen pada Februari, dari PMI (pekerja Migrain Indonesia) Malaysia, didapati varian baru, pesakit itu telah menjalani kuarantin dan rawatan dan telah sembuh.

Katanya lagi, penyelidikan awal mendapati varian virus B1525 tersebut bukan mutasi dari varian virus COVID-19 seperti B117 dan E484k, namun varian virus itu merupakan varian tersendiri.

Indonesia catat 1,599,763 kes positif

Sekadar gambar hiasan

Pada setakat ini, Indonesia telah mencatatkan 1,599,763 kes positif COVID-19 dengan 5,041 kes baru yang telah dicatatkan dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, sebanyak 1,450,192 kes yang positif telah sembuh manakala sebanyak 43,328 orang meninggal akibat daripada virus berkenaan.

Sumber : Bernama

SKIP THIS AD ×