berita

[VDEO] ‘Saya & Komposer Berhak Menarik Diri Daripada Semi Final Muzik-Muzik’ – Ernie Zakri Buka Mulut Isu Lagu Astana

December 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

ernie

Penyanyi, Ernie Zakri tampil menjelaskan isu berkenaan lagu Astana yang bakal berentap di pentas Semi Final Muzik-Muzik ke-38.

Artikel Berkaitan: ‘Ernie Zakri Masih Lagi Rocketfuel Ketika lagu Astana Dicalonkan Di SFMM38’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tidak Pernah Cakap Tak Nak Nyanyi Atau Tarik Diri’- Ernie Zakri

Penjelasan Ernie

rnie

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ernie berkata dia sama sekali tidak mengetahui bahawa lagu itu akan dibawa oleh penyanyi lain di SMFF ke-38.

Dalam pada itu, Ernie juga menegaskan bahawa dia bersama tiga lagi komposer lain tidak teragak-agak untuk menarik diri dari pencalonan berkenaan.

Ini adalah diluar pengetahuan saya sebagai penyanyi asal dan komposer lagu ini. Saya tidak menerima apa-apa e-mail rasmi atau surat kepada pihak saya.

Jika perkara ini berterusan saya bersama ketiga-tiga komposer berhak untuk menarik diri daripada Semi Final Muzik-Muzik.

Saya hanyalah seorang penyanyi yang sentiasa menyokong industri muzik dan saya juga inginkan yang terbaik untuk industri dan karier saya.

Sementara itu, penyanyi berusia 31 tahun ini mengucapkan terima kasih terhadap pihak produksi SFMM38 dan juga para peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap karyanya.

Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Media Prima dan Anugerah Juara Lagu kerana sokongan anda dan juga terima kasih banyak-banyak kepada peminat yang turut menyokong serta mengundi lagu ini.

Hormatilah satu sama lain di dalam industri ini.

Sebelum ini, Ernie menafikan dakwaan bahawa dia dengan sengaja tidak mahu menyanyikan lagu tersebut.

Universal Music Malaysia juga menyatakan bahawa Ernie selaku artis yang kini di bawah naungan mereka, cakna mengenai kenyataan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) mengenai terma serta syarat pencalonan lagu dalam Muzik-Muzik yang masih dalam perundingan.

Manakala Rocketfuel dalam satu kenyataan lain berkata mereka sentiasa bersedia dan bersifat terbuka untuk bertemu serta berbincang dengan mana-mana pihak yang sudi untuk bersama membolehkan penyanyi asal membawa hasil karya mereka di pentas SFMM38.

Untuk menghormati SFMM38, pihak Rocketfuel Entertainment memilih penyanyi Nadeera bagi menggantikan Ernie dan menyanyikan lagu tersebut.

Untuk info, Ernie adalah penyanyi asal serta penulis lagu Astana bersama dengan Omar K, Syamel dan Shazriq Azeman.

 

View this post on Instagram

Sumber: IG Ernie Zakri

SKIP THIS AD ×