berita

Vicha Saywho Sudah Bertudung, Doakan Kekal Istiqamah – ‘Malunya Anak-Anak Saya Semua Dah Lama Pakai’

August 16th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelawak dan pelakon Vicha Saywho, 33, kini tampil dengan imej bertudung selepas nekad untuk melakukan penghijrahan yang lebih baik.

Artikel Berkaitan: Padam Semua Gambar Lama, Izara Aishah Muat Naik Foto Bertudung Labuh

Artikel Berkaitan: ‘Ya,Tahu Belum Sempurna’ – Tutup Ruangan Komen, Siti Elizad Tampil Berhijab

Saya budak masih belajar

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Vicha memohon doa daripada wargamaya agar dirinya terus kekal istiqamah untuk terus berubah ke arah kebaikan itu.

Bismillah Ya Allah. Saya minta tolong untuk doakan yang baik-baik. Saya budak masih belajar insya-Allah.

Malu anak-anak dah lama pakai tudung

Dalam pada itu, pemilik nama Refika Novianti Faturohman mendedahkan dalam keluarganya hanya dia yang belum berhijab selama ini.

Walaupun berasa malu dengan anak-anaknya, pelakon drama Hantu Punya Bos yakin dirinya masih belum terlambat untuk  memperbaiki diri.

Ya Allah baru perasan dekat keluarga, saya lah yang baru berhijab. Ya Allah malunya walau anak-anak saya semua pun dah pakai hijab dah lama dah.

Ampuni saya Ya Allah. SubhanAllah insya-Allah tiada kata terlambat untuk hambanya yang ingin belajar dan memperbaiki dirinya, rindunya dekat mereka semua.

Mereka lah kekuatan saya yang selalu sokong saya dari belakang. Mereka lah yang selalu ada dalam segala keadaan. Ya Allah.. terima kasih atas segalanya yang telah engkau berikan. Sujud syukur kepada mu dalam setiap keadaan insya-Allah kita akan jumpa nanti keluargaku. Saya rindu semua orang.

Difahamkan, Vicha sudah dua tahun tidak berjumpa dengan tiga anaknya iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista demi mencari rezeki di Malaysia.

 

Sumber: Instagram @vicha_barbie

SKIP THIS AD ×