Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada anak perempuannya, Cik B bersempena ulang tahun kelahiran yang ke-21.

Artikel Berkaitan: ‘Saya & Dia Sama, Salah Pilih Pasangan’ – Vida Sifatkan Azar Azmi Lurus, Sentiasa Bersangka Baik

Lamborghini 1.6 juta

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B dilihat tidak dapat menahan sebak apabila menerima kejutan berkenaan hingga menitiskan air mata sebaik melihat hadiah istimewa tersebut.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, kereta mewah berwarna hitam kuning itu dianggarkan bernilai sekitar RM1.6 juta serta dibeli secara tunai sebagai tanda penghargaan buat anak kesayangannya.

Cik B kemudian memeluk ibunya sebagai tanda terima kasih dan penghargaan sebelum mereka memotong sebiji kek berbentuk kereta yang sama.

Kejutan berkenaan dibuat sebaik sahaja Cik B selesai membuat persembahan di konsert minggu keenam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) yang berlangsung pada Ahad.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan Vida yang tidak berkira dengan anak sendiri selain menitipkan ucapan tahniah dan selamat hari lahir kepada Cik B.

Sumber: TikTok