berita

[VIDEO] 10 Jam Hadap Jem, Sampai KL Tengok Rumah Kena Pecah Masuk – ‘Duit Cash, Tabung Semua Dia Ambil’

April 17th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila rumahnya dipecah masuk ketika dia sekeluarga pulang beraya di kampung halaman di Kedah.

Dugaan cuti beraya di kampung

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok Syazaaein_ memaparkan keadaan di dalam rumahnya termasuk barangan berterabur dek perbuatan individu tidak bertanggungjawab.

Hadap jem dari Kedah hampir 10 jam. Sampai je di Kuala Lumpur, tengok rumah dah berselerak.

Wanita itu turut menunjukkan keadaan di dalam bilik tidur dimana pakaian, buku-buku dan beg kelihatan bersepah di lantai dan atas katil. Difahamkan, pelaku dipercayai memunggah kesemua barangan di bilik berkenaan sebelum diletakkan di satu ruangan lain.

Duit cash pun dia ambil, duit tabung semua dia ambil. Barang kemas pun hilang.

Ikan 14 ekor yang tak bersalah pun jadi mangsa. Dia tutup suis elektrik, ikan tu pakai oksigen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya meluahkan rasa simpati dengan situasi yang dilalui wanita itu malah ada yang sempat menitipkan pesanan buat orang ramai agar mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar rumah.

Tidak kurang juga, ada yang berkongsi pengalaman sama dilalui mereka apabila rumah dipecah masuk ketika ketiadaan orang di rumah.

Video

@syazaaein_ Dugaan kami sekeluarga semasa pulang raya ke kampung halaman ? traumaaa sangat ? #takdir #dugaankehidupan ? Instrumen Sedih – Yuda pratama


Sumber: TikTok Syazaaein_

SKIP THIS AD ×