Benarlah orang kata, kalau dah jodoh tak kemana. Walaupun sudah lama terpisah, jika memang sudah tertulis dia adalah jodoh kita, pasti akan bertemu jua.
Begitulah juga yang dilalui oleh pasangan merpati dua sejoli ini apabila mereka disatukan kembali sebagai suami isteri setelah berpisah sejak 10 tahun lalu. So sweet!
Kalau jodoh tak kemana
Berita gembira ini dikongsikan oleh Arnie Yusoff menerusi beberapa video yang dimuatnaik di akaun TikToknya. Dalam video tersebut, wanita ini memberitahu dia dan suami telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 namun hubungan mereka hanya bertahan selama setahun lebih sahaja. Pasangan ini yang dikurniakan seorang cahaya mata lelaki kemudian membuat keputusan untuk bercerai pada tahun 2011.
Tapi siapa sangka, selepas 10 tahun mereka berpisah, dengan kuasa Allah SWT, pasangan ini disatukan kembali sebagai suami isteri. Tanggal 20 Mac 2021 menjadi tarikh yang sangat bersejarah buat Arnie Yusoff, suami dan anak mereka, Adly. Wanita ini mengakui sepanjang tempoh mereka berpisah, dia dan suami hampir berkahwin lain tetapi perancangan Allah SWT itu jauh lebih indah.
Allah ganti setiap air mata dengan sesuatu yang tidak ternilai. Berbahagialah anakku. We love you so much. Selepas 10 tahun berpisah, ibu kembalikan ayah awak. Berbahagialah sayang.
Bersatu kembali selepas 10 tahun
@arnieyusoffSelepas 10 tahun, kami bersatu kembali.. kuasa Allah SWT ??? Cinta Luar Biasa – Andmesh
@arnieyusoff##repost “Kembali Terjalin” Setelah berpisah 10 tahun, kuasa Allah menyatukan kami. Tak jangka dek akal, hanya Allah tempat bergantung harap???? ##fyp? original sound – MVM Music
‘Ibu kembalikan ayah awak’
@arnieyusoffAfter 10 years, ibu kembalikan ayah awk.. berbahagialah syg??????? original sound – MVM Music
‘Kuat betul jodohnya’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan perkahwinan yang terbina. Tidak kurang juga ada diantara mereka yang terharu dan sebak melihat kebahagiaan keluarga kecil ini selain berharap agar jodoh pasangan ini berpanjangan.
Sumber: Arnie Yusoff