berita

[VIDEO] 11 Tahun Menanti Zuriat, Suami Sujud Syukur Terima Berita Isteri Hamil

December 5th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya memiliki impian untuk memiliki zuriat sekurang-kurangnya seorang. Namun, tidak semuanya bernasib baik dan mampu merasai pengalaman itu meskipun sudah melakukan pelbagai cara dan ikhtiar.

Bagaimanapun, perkongsian seorang doktor ini pastinya bakal menyentuh hati sesiapa sahaja yang menontonnya apabila pasangan ini berjaya menimang cahaya mata mereka selepas 11 tahun penantian.

Sedihnya

Menerusi perkongsian yang dibuat di laman Instagram drthokha ini, kelihatan sepasang suami isteri tidak dapat menahan rasa sebak dan gembira apabila dimaklumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata selepas 11 tahun menanti.

Berdasarkan video berdurasi 3.07 saat yang dikongsikan itu, pasangan tersebut pada awalnya menyangkakan bahawa alat ujian kehamilan mereka bakal memaparkan keputusan yang sama seperti sebelumnya. Namun, kejutan dibuat oleh Dr. Tokha apabila mereka dimaklumkan bahawa wanita tersebut telah hamil.

Apa yang lebih mengharukan, sebaik sahaja mendengar sahaja berita itu, suami kepada wanita tersebut dengan segera melakukan sujud syukur di situ.

Netizen terharu

Paparan video tersebut ternyata telah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen. Mereka juga turut mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut, selain turut meluahkan rasa terharu terhadap berita yang diterima pasangan itu.

Sumber: Instagram drthokha

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×