berita

[VIDEO] 12 Tahun Menanti, Suami Sujud Syukur Isteri Disahkan Hamil Sehari Sebelum Ulang Tahun Perkahwinan

January 6th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Bagi setiap pasangan yang telah berkahwin, menerima berita kehamilan adalah perkara yang paling ditunggu-tunggu dan menggembirakan buat mereka. Namun, tidak semuanya berpeluang untuk merasai pengalaman ini meskipun setelah sekian lama mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, perkongsian doktor ini akan membuatkan sesiapa sahaja yang menontonnya sebak selepas pasangan ini dimaklumkan bahawa mereka bakal menerima cahaya mata selepas 12 tahun berkahwin.

Datang jauh dari Brunei

Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram drthoka ini, kelihatan pasangan tersebut tidak dapat menahan rasa sebak dan gembira selepas diberitahu bahawa mereka bakal memiliki zuriat selepas 12 tahun menanti.

Apa yang lebih mengharukan, pasangan yang datang jauh dari Brunei itu menerima berita tersebut hanya sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka. Bersyukur dengan perkara itu, suami kepada wanita itu kemudiannya dilihat segera memeluk serta mengucup dahi isterinya sebelum melakukan sujud syukur di situ.

Malah bukan itu sahaja, doktor yang dikenali sebagai Dr. Thoka Muhammad ini juga turut dilihat mengalirkan air mata selepas melihat reaksi pasangan tersebut.

Netizen terharu

Perkongsian video tersebut sememangnya telah mengundang rasa sayu dalam kalangan netizen yang menonton. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa terharu dengan berita tersebut malah turut mengucapkan tahniah di atas rezeki yang diberikan Allah kepada pasangan itu.

Sumber: Instagram drthoka

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×