![[VIDEO] ’14 September 2025 Tarikh Yang Sangat Bermakna Buat Saya’ – Amira Othman Kongsi Coretan Hati](https://asset.ohbulan.com/2025/09/amira-othman-dua.jpg)
Setelah beberapa hari sah bergelar isteri kepada pelakon kacak, Fatah Amin, penyanyi, Amira Othman berkongsi coretan hati yang menggambarkan perasaannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Sedia Jalankan Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Kepada Fatima – ‘Saya Perlu Terima’
Artikel Berkaitan: Dengan Sekali Lafaz, Amira Othman Sah Bergelar Isteri Fattah Amin
Tarikh bermakna

Pemilik nama Nadia Amira Othman, 32, meluahkan rasa syukur atas perjalanan takdir yang telah Allah SWT tentukan buat dirinya.
Alhamdulillah, 14 September 2025 adalah tarikh yang sangat bermakna buat saya.
Telah Allah tulis tentang jodoh ajal maut dan semua urusan hidup kita.
Pastinya kita semua punya takdir yang berbeza-beza, ujian dan nikmat juga berbeza-beza. Betapa Allah itu Maha Kaya.
Amira berkongsi buah fikirannya di ruangan kapsyen di Instagram miliknya baru-baru ini.
Sementara itu, Amira juga percaya bahawa setiap yang berlaku dalam hidup ini mempunyai sebab dan hikmah tersendiri.
Di kesempatan itu juga, Amira sempat titipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan rumah tangganya.
Tapi apa yang pasti, tidak ada seorang manusia pun yang tahu akan nasib dan takdir kita, tapi kita harus yakin bahawa Allah itu Maha Mengetahui.
Apa sahaja yang Dia tentukan, adalah yang terbaik dan akan jadi pada waktu yang paling baik.
Terima kasih atas doa yang baik-baik untuk kami, semoga Allah kabulkan doa itu buat kalian semua.
Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada malam Ahad.
Sumber: Instagram








