berita

[VIDEO] 14 Tahun Jadi Anak Bongsu, Sekali Dapat Adik Pula! – ‘Hikmah PKP, Semuanya Rezeki’

September 23rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Siapa sangka walaupun anak bongsu sudah berusia 14 tahun, seorang wanita diberikan rezeki untuk melahirkan seorang lagi cahaya mata. Gelaran bongsu yang dipegang remaja ini akhirnya bertukar dan ‘dirampas’ oleh adiknya.

Bongsu tak jadi bongsu

Seperti perkongsian pemilik TikTok, dikenali sebagai Pienaaaa menceritakan adik beradiknya menerima ahli keluarga baharu yang sama sekali tidak disangka-sangka. Menerusi video tersebut, gadis ini turut memperincikan umur adik-beradiknya yang lain.

Bila semua dah tua bangka, dapat adik baru.

Mengulas lebih lanjut, gadis ini menceritakan adik lelaki berusia 14 tahun turut membantu ibunya dalam menjaga adik bongsunya berikutan adik-beradik yang lain sudah bekerja dan belajar di luar kawasan. Pada masa yang sama, gadis ini menganggap kehadiran bayi tersebut adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Bongsu tak jadi jaga bongsu yang sebenar. Sebab abang dan kakak lain dah kahwin, kerja dan belajar jauh. Hikmah PKP juga. Semuanya rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat mengusik remaja 14 tahun ini berikutan takhta bongsunya telah dirampas. Pada masa yang sama, netizen turut berkongsi pengalaman yang sama dihadapi oleh mereka.

Video penuh:

@pienollBaby PkP ##ZerolutionForEveryone ##pkp? Oh No – Kreepa

@pienollReply to @yattzainuddin Bongsu tak jadi yang jaga The Real Bongsu ##ZerolutionForEveryone ##pkp ##babypkp? Bombastic – ?2? ???????

@pienollReply to @azygetreal Hikmah PkP juga. Semuanya rezeki ##ZerolutionForEveryone ##pkp ##raya? original sound – Pienaaaa

Sumber: Pienaaaa

SKIP THIS AD ×