Gambar sekadar hiasan
Kelahiran seorang anak merupakan kelahiran yang paling dinanti-nantikan pasangan suami isteri namun ada juga yang masih belum mempunyai rezeki untuk dikurniakan cahaya mata.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pinjam Anak Orang Di Restoran, Atok Tunggu 5 Tahun Nak Timang Cucu – ‘Meh Atok Pegang Kejap Boleh?’
15 tahun penantian
Terbaru, tular satu video di media sosial memaparkan penantian seorang lelaki yang menantikan kelahiran cahaya mata pertamanya selama 15 tahun .
Menerusi video yang tular itu, lelaki yang dikenali sebagai Mohd Saiful Azmi Shamsudin Khan, 43, itu kelihatan sebak sambil mengusap air matanya selepas pertama kali melihat serta mendukung anak pertamanya yang lahir ke dunia.
Difahamkan video tersebut dimuat naik isterinya sendiri, Mastura Pin, 46, yang merakam momen paling dinanti-nantikan suaminya itu.
Kegembiraan suami, itulah kegembiraan yang terindah buatku. Alhamdulillah.
‘Orang ingat cucu, tapi sebenarnya anak saya’
Dalam pada itu, Harian Metro melaporkan bahawa Saiful tidak menyangka bahawa dia akan dikurniakan cahaya mata pertamanya ketika berusia 43 tahun.
Saiful yang bekerja sebagai pemandu lori mendedahkan bahawa kelahiran puteri sulungnya yang diberi nama Putri Edreehana Masyael merupakan hasil perkahwinan keduanya yang dibina bersama Mastura sejak tiga tahun yang lalu.
Perkahwinan pertama selama 12 tahun berakhir kerana sudah tiada jodoh dan takdir menentukan saya tiada zuriat daripada ikatan itu sebelum bertemu jodoh dengan Mastura, ibu tunggal lima anak tiga tahun lalu.
Ketika itu saya tidak fikirkan sangat soal anak kerana usia kami tidak muda lagi, malah sangat bersyukur dapat menumpang kasih anak tiri yang dianggap seperti anak sendiri.
Menurut Saiful, dia seolah-olah tidak percaya apabila mendapat berita mengenai kehamilan isterinya itu namun, mengakui ia merupakan hari terindah dalam hidupnya.
Ini perkara teristimewa dalam hidup saya dan saat pertama kali melihat dan mendukung anak perasaan itu bercampur baur ada sebak, sedih, terharu dan gembira.
Tak sangka selepas melalui pelbagai dugaan hidup Allah SWT hadirkan ‘puteri’ untuk saya. Apa yang Allah berikan ini mengingatkan saya kesabaran itu berakhir dengan sesuatu yang manis dan setiap perancangan ada hikmah-Nya.
Bukan itu sahaja, Saiful turut berkongsi momen lucu apabila ada yang menyangka puteri sulung yang didukungnya itu merupakan cucu kepadanya setiap kali membawanya keluar berjalan.
Lucu juga apabila di usia begini ada anak kecil, malah ketika keluar ada yang tanya ‘baby’ anak atau cucu kerana janggut saya sudah beruban tetapi saya dengan senang hati beritahu itu anak.
Tambahnya, kehadiran puteri sulungnya itu membuatkan dirinya semakin bersemangat untuk terus kuat mencari rezeki buat keluarga mereka.
Video
@putriedreenhanamasyael penantian suamiku Selama 15tahun untuk Putri sulungnya..subhanallah Tabarakallah part 1 #fyp @mie khan ? Bahagiaku Sederhana
Sumber: Harian Metro, TikTok