berita

[VIDEO] 24 Tahun Besarkan 4 Anak Seorang Diri, Ibu Tunggal Sebak ‘Lepaskan’ Puteri Tunggal

September 14th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Tak dinafikan setelah selesai lafaz akad nikah, insan yang paling berasa hiba adalah ibu bapa pengantin kerana anak kesayangannya telah sah menjadi isteri orang. Begitu juga dengan kisah ini di mana seorang wanita Singapura dilihat sebak sehingga mengalirkan air matanya ketika bersalaman dengan puteri tunggalnya.

Ibu sebak tengok anak perempuan dah kahwin

Menerusi video yang dimuat naik oleh Mar di TikTok, memaparkan ibunya tidak dapat menahan sebak setelah melihat anak perempuan bakal dijaga oleh menantunya selepas ini.

Ujar wanita ini lagi, ibunya merupakan seorang ibu tunggal dan telah membesarkan tiga anak lelaki dan seorang anak perempuan sendiri selama 24 tahun.

Dia merupakan ibu tunggal yang membesarkan empat orang anak sejak 24 tahun lalu. Hari ini saya berkahwin dan dia menyedari yang hari ini dia harus menyerahkan satu-satunya anak perempuan dia untuk jagaan menantunya.

Dalam video berkenaan turut kelihatan mereka sedang bergambar satu keluarga untuk dijadikan momen terindah pada hari yang sangat istimewa.

Mengulas lebih lanjut, wanita ini meluahkan rasa syukur kerana dirinya dijaga dengan baik oleh suaminya sejak 12 tahun sebelum mereka bergelar suami isteri. Wanita ini juga mengatakan yang suaminya kini tiada di Singapura kerana bekerja di offshore.

Ibu tunggal jaga empat orang anak selama 24 tahun

@cnumzaShe single handedly raised 4 kids on her own the past 24 years. The day I got married was also the day she realised she had to give up her one and only daughter to another man’s care. ##singlemom ##tiktoksg ##covidwedding? semangat ngontennya – dollar kuning

12 tahun bersama

@cnumzaReply to @sheggyagogo thank you for this – my husband’s not in Singapore now as he’s an offshore seafarer but tagging him so he never forgets ? but alhamdullilah, he has been looking after me the past 12 years we’ve been tgt & has been nothing but the best to me. @shaik_nabeel ? ##ldr? It’s You – Sezairi

Sumber : cnumza

SKIP THIS AD ×