Sebuah video yang dibikin sekumpulan Youtuber di Indonesia iaitu Taqwa Squad telah mencuri perhatian ramai. Video ini turut mendapat perhatian penonton di Indonesia dan Malaysia dengan jumlah tontonan melebihi 216ribu.
Taqwa Squad temui keluarga kecil ini di jalanan yang kelihatan sedang mengutip sampah terpakai untuk dijual semula sebagai sumber pendapatan. Lebih menyedihkan lagi apabila pasukan ini menghulurkan sejumlah wang kepada si ibu. Mengalir air mata menonton video ini…
Air mata mengalir
Video berdurasi 5:26 minit ini menyaksikan sukarelawan atau pasukan Youtuber yang dikenali sebagai Taqwa Squad mendekati masyarakat di Bandung. Mereka turun padang bagi menyalurkan bantuan berbentuk makanan seperti beras, minyak masak, makanan kesihatan dan sebagainya buat mereka yang kurang bernasib baik.
Difahamkan penggambaran video ini telah dilakukan sebelum penularan wabak Covid-19 yang semakin serius. Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah keluarga kecil seorang ibu dan dua anak perempuan yang mengutip sampah demi menampung pendapatan harian.
Sujud tanda syukur
Sebaik sahaja Taqwa Squad menghulurkan bekalan makanan, si ibu kelihatan bersujud tanda syukur. Begitu juga dengan kedua orang anaknya yang dikenali sebagai adik Fika dan kak Nabila.
Lebih menyentuh hati lagi, pekerjaan mengutip barang terpakai untuk dijual ini telah lama dilakukan semenjak adik Fika dari usia bayi lagi. Ditanya mengenai hasil pendapatan berdasarkan kutipan seperti kotak dijual dengan harga Rp 1,000 bersamaan lebih kurang RM 0.29 sahaja.
Sudah lama, hanya berdua bersama anak. Adik Fika temani ibu dari bayi. Ketika itu digendong.
‘Ini rezeki buat ibu…’
Air mata tanda terharu dan seakan tidak percaya terus mengalir sejurus pasukan ini menghulurkan sejumlah wang kepada si ibu. Malahan, si ibu tidak henti mengucapkan terima kasih dan melafazkan tanda syukur dengan sumbangan yang diberikan.
Ini rezeki ibu dari Muhsinin Indonesia. Buat sekolahnya adik, buat teruskan pelajaran Nabila. Mohon diterima ini, ibu.
Sumber: Taqwa Squad