berita

[VIDEO] 3 Buah Kereta Dipecah Masuk, Perompak Didakwa Ada Alat Kesan Gadjet

January 11th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Langkah berhati-hati dan waspada perlu diberi perhatian untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa jenayah. Sebolehnya, jangan meletakkan barangan berharga seperti beg tangan dan alat elektronik di dalam kereta. Walaupun barangan sudah disorok di tempat tertutup, penjenayah dikatakan mempunyai alat pengesan gadjet.

Seperti kejadian yang berlaku di sebuah kompleks beli belah di utara tanah air ini, beberapa buah kereta dipecah masuk ketika pengunjung sedang membeli belah.

Tiga buah kereta dipecah masuk

Hati-hati guys parking di Aman Central. Kes pecah cermin menjadi-jadi. Hari ni 3 biji kereta kena pecah. Termasuk kereta aku. Alkisah dalam kereta tinggal laptop. Kereta aku tinggal tab. Walaupun bateri lupp tapi depa ada alat yang boleh trace dalam kereta ada tinggal gajet. So hati-hati la. Kali ni maybe alat pengesan depa canggih kot.

Menerusi video yang viral di laman sosial, kelihatan beberapa buah kereta dipecah masuk ketika berada di kawasan parkir. Ketiga-tiga kereta dipercayai kehilangan gadjet yang ditinggalkan di dalam kenderaan masing-masing. Malah, kesemua kes berlaku di tingkat parkir yang sama dimana kenderaan berada berdekatan.

Sebelum ini tak pernah kena

Semalam pun dekat arab kitchen ada kereta kena pecah. Curi laptop jugak. Beringat la guys. Hati-hati. Aku dok tinggal selama ni tak pernah kena. Kali ni ketahuan la pasni serik la. Huhu mahai cermin pun nak ganti. Dah survey RM 1164!!! Nasib ada insurans!!

Mengulas kerosakan yang dialami kenderaan, kelihatan kesan cungkil pada tingkap di bahagian penumpang belakang sebelah kanan. Selain laptop, kerugian untuk menggantikan tingkap adalah melebihi RM1000. Mangsa menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kereta kerana penjenayah lebih licik menggunakan apa sahaja cara untuk mendapatkan hasil.

Sumber : Azwani Adenan

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×