berita

[VIDEO] 3 Kanak-Kanak Kembar Ternampak ‘Hantu’ Dalam Bilik, Tapi Apabila Diperiksa…

February 18th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Satu rakaman CCTV yang tersebar baru-baru ini menyaksikan tiga adik-beradik ternampak ‘sesuatu’ pada dinding bilik tidur mereka. Dalam kejadian itu, ibu mereka iaitu Caitlin Nichols yang terdengar tiga anak kembar tersebut menjerit dan bertengkar sesama mereka di dalam bilik tersebut.

‘Sesuatu’ pada dinding bilik

Sumber foto: Daily Mail

Memetik laporan Daily Mail, kejadian tersebut berlaku di rumah mereka di Georgia pada 26 Januari 2021 lalu. Menurut Caitlin Nichols, anak kembarnya iaitu Presley, Millie dan Hays kedengaran menjerit dan berbual antara mereka apabila terlihat ‘hantu’.

Apabila diperiksa CCTV tersebut, si ibu mendapati anak-anaknya itu bercakap dengan sesuatu yang tidak dilihat dengan mata kasar.

Pernah mengalami situasi paranormal


Video menunjukkan, tiga beradik itu memandang ke arah dinding yang sama dan salah seorang daripadanya menunjuk pada sesuatu yang dilihatnya dan berkata, ‘In your face’.

Tidak beberapa lama kemudian, mereka bertiga bersembunyi di dalam almari sebelum salah seorang keluar dan menuding jarinya pada arah itu lagi.

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak ini beranggapan anaknya sedang bermain dan mengakui mereka pernah mengalami situasi paranormal beberapa kali sebelum ini.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×