berita

[VIDEO] ‘3,4 Kali Doh Tangkap Kamu!’ – Langgar Arahan PKP, Anggota Polis Beri ‘Motivasi’ Percuma

April 7th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi laman Gabungan Anak Terengganu, seorang individu kongsi video remaja diberi amaran keras oleh seorang anggota polis kerana kedegilan mematuhi ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Remaja tersebut dipercayai telah ‘ditangkap’ berkeliaran beberapa kali namun masih tidak serik. Walaupun dalam nada tegas, anggota polis terbabit sempat memberi motivasi sehingga menerima pujian ramai. Terbaik!

Degil keluar rumah

Lu pikirlah sendiri. Tak dengar langsung ni, mak tak dengar, pok sedara tak dengar. Apa nak jadi? Bukan nak belajar betul-betul sampai ke menara gading, bantu keluarga. Bukan ikut hati perangai mu ni.

Apa aku beritahu mu ni, tunjuk pada aku. 5 tahun lagi kamu boleh berjaya sampai masuk universiti. Aku cabar mu, kalau mu boleh buat! Belajar betul-betul, anak sulung! Fikirlah sikit!

Tidak tahan dengan kedegilan remaja ini, pegawai polis atasan terpaksa turun padang memberi amaran untuk tidak keluar rumah. Menerusi video berdurasi lebih 1 minit ini, jelas kedengaran pegawai polis berang apabila diberitahu remaja tersebut sudah beberapa kali ditangkap berkeliaran di luar.

Malah, pegawai polis ini turut mencabar remaja tersebut agar buktikan mampu berjaya membantu keluarga memandangkan dia merupakan anak yatim dan berasal dari kalangan keluarga yang susah. Memang terbaik dengar nasihat polis ini!

Terbaik polis siap bagi motivasi

Sumber : Mohd Na’ail

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×