berita

[VIDEO] 4 Bulan Sukar Untuk Berjalan & Tak Boleh Menulis, Gadis Hidap ‘Mild Stroke’ Kembali Sihat

June 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kehidupan ini penuh dengan kejadian yang tidak dijangka dan setiap manusia yang hidup di muka bumi menerima  pelbagai ujian yang berbeza. Begitu juga seperti kisah seorang gadis berusia 17 tahun ini yang menghidap mild stroke atau bahasa yang lebih mudah difahami strok pada tahap sederhana.

Menghidap mild stroke

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Yaya di akaun Twitter miliknya, dia berkongsikan kisah perjalanan hidup dirinya ketika dia mengalami mild stroke sehinggakan dia berasa sukar untuk membuat sebarang pergerakan.

Video yang berdurasi seminit itu memaparkan gadis berkenaan sukar untuk berjalan secara normal dan hanya mampu berjalan secara perlahan-lahan sahaja. Lebih perit lagi apabila dia dilihat seperti sukar untuk memegang sesuatu barang yang beratnya kurang daripada 500 gram.

Tak boleh berjalan dengan normal dan tak boleh nak pegang sesuatu barang yang beratnya bawah 500 gram.

Tak boleh guna kedua-dua tangan dalam satu masa

Gadis berkenaan juga tidak boleh menggunakan kedua-dua tangannya dalam satu masa. Dia juga tidak boleh menulis serta melukis walaupun bentuk yang mudah kerana tangannya seperti ‘keras’ dah sukar untuk digerakkan.

Walau bagaimanapun, gadis ini tidak mengenali erti putus asa dan selepas empat bulan, akhirnya dia sembuh sepenuhnya dan menjalani kehidupan sehariannya seperti biasa sehingga mampu berjoging serta menaiki basikal.

Terima kasih kepada semua. Ini merupakan hadiah untuk sesiapa yang telah menyokong saya sejak dari hari pertama lagi.

‘Saya bangga dengan sejauh mana saya dah sampai’

Sumber : wadreashafina

SKIP THIS AD ×