berita

[VIDEO] 5 ‘Kak Long’ Besut Ditahan Lepas Pukul Rakan

June 11th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Viral di media sosial satu rakaman video yang memaparkan pergaduhan antara seorang remaja perempuan dan sekumpulan remaja perempuan yang lain. Menerusi laporan Harian Metro, kejadian berlaku di Empangan Jajar, Kampung Gong Duek, Pasir Akr, Besut didakwa berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan salah seorang suspek. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang duduk melepak bersama seorang rakannya sebelum sekumpulan remaja perempuan tiba dan terus membelasahnya.

Ditendang & ditumbuk 4 suspek

https://www.facebook.com/FanClubKgBohorBaruBera/videos/890849551388879/

Kejadian berlaku semasa mangsa yang juga pembantu kedai makan melepak di lokasi kejadian bersama seorang rakan perempuannya sebelum didatangi lapan wanita dengan empat daripadanya dikenalinya menaiki empat motosikal.

Mangsa mendakwa empat suspek yang dikenalinya itu bertindak menumbuk dan menendang di seluruh anggota badannya hingga dia mengalami kecederaan calar di bahagian muka serta sakit di bahagian perut dan dada.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, mangsa telah ditumbuk dan ditendang di seluruh anggota badan beberapa kali sehingga mengalami kecederaan oleh empat orang suspek yang dikenalinya. Mangsa membuat laporan polis sejurus menyedari rakaman video tersebut viral di laman sosial.

5 suspek berjaya ditahan

Mangsa mendakwa rakaman video kejadian yang menjadi tular di laman sosial itu dirakam menggunakan telefon bimbit oleh salah seorang suspek dikenalinya.

Susulan laporan dibuat di Balai Polis Pasir Akar, lima daripada lapan suspek berjaya ditahan kira-kira jam 10 malam tadi dan usaha memburu tiga lagi suspek sedang giat dijalankan. Mereka yang ditahan direman sehingga 14 Jun ini.

Tambahnya lagi, kejadian dikatakan berpunca akibat pertengkaran mulut dan salah faham antara mangsa dan salah seorang suspek. Sementara itu, pihak polis telah berjaya menahan 5 daripada 8 suspek yang terlibat bagi membantu siasatan. Pihak polis turut giat mencari 3 lagi suspek yang masih bebas.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×