Selepas dua tahun memegang status duda, pelawak dan penyampai radio Shuib berkahwin dengan usahawan Watie Hanifiah, pada malam Jumaat.
Artikel Berkaitan: Walimatulurus Shuib, Watie Dapat Tajaan 1.7 Juta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sah Jadi Milik Watie Hanifiah
Hanya dengan sekali lafaz, pasangan ini sah menjadi pasangan suami isteri dalam majlis yang diadakan di Putra Glass Hall, Selangor.
OhBulan! kongsikan 10 momen yang berlaku sepanjang majlis pernikahan Shuib dan Watie:
- Shuib dan Watie sedondon dengan persalinan putih rekaan pereka fesyen tersohor, Fizi Woo.
- Nabil Ahmad dan Sharifah Shahirah menjadi hos untuk majlis rakan baik, Shuib
- Ketika akad nikah, mikrofon Shuib tidak berfungsi lalu Nabil datang menyelamatkan keadaan dengan memberikan mikrofon lain.
4. Sejurus sah menjadi isteri, Watie dilihat mengalirkan air mata bahagia.
5. Anak perempuan Shuib, Dzahira Talita Zahra turut menangis selepas bapanya selamat bernikah dengan Watie.
6. Lima kali blackout sepanjang majlis berlangsung! Difahamkan, berlaku bekalan elektrik dewan mengalami masalah teknikal. Namun tetamu tetap tenang.
7. Tetamu patuh arahan tema hadir menggayakan busana rona dusty pink.
8. Penyanyi terkenal, Anuar Zain dan Lah Ahmad hadir memeriahkan majlis.
9. Selain itu, Siti Jewels membuat kejutan dengan menghadiahkan persembahan dari Dayang Nurfaizah untuk kedua mempelai.
10. Di luar dewan ada tembakan bunga api. Memang meriah!
@ohbulanofficial Alahai Watie malu-malu pulak kettew ?? Video ihsan: GEMPAK #ohbulan #sembangentertainment #shuibsepahtu #watiehanifiah #atas #pelamin #mahligai #cinta ? La Lecon Particuliere Bof La Lecon Particuliere
Selain ahli keluarga, rakan selebriti turut bersama menjadi saksi cinta Shuib dan Watie. Antara rakan artis yang hadir ke majlis tersebut adalah Fad Bocey, Nora Danish, Zara Zya, Wan Sharmila, Marsha Milan, MK K-Clique dan Zulin Aziz.
Terdahulu, Shuib dan Watie mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sekadar info, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.