![[VIDEO] 6 Jersi Piala Dunia Ada Lambang Salib? Ustaz Azhar Idrus Jelaskan Hukum Memakainya](https://asset.ohbulan.com/2026/06/ustaz-azhar2.jpg)
Piala Dunia sentiasa menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak. Selain menyaksikan persaingan sengit antara pasukan terbaik, jersi setiap negara turut menjadi tumpuan.
Namun, terdapat beberapa jersi dari pasukan tertentu yang dipercayai mempunyai simbol atau maksud yang dikaitkan dengan unsur keagamaan bukan Islam.
Artikel Berkaitan: Dari ‘Waka Waka’ Ke ‘Dai Dai’, Shakira Kekal Ratu World Cup
Artikel Berkaitan: Sari Yanti Geli Hati Bantu Jep Hantar DM Untuk Cristiano Ronaldo – ‘Saya Tahu Awak Sibuk, Balas Mesej Ini Selepas Menang’
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus
Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus tampil memberikan penjelasan berkenaan hukum memakai jersi atau pakaian yang mempunyai lambang agama lain.
Kita pakai lambang-lambang agama lain, hukumnya haram. Tak jadi kafir, tetapi hukumnya haram.
Kita orang Islam diharamkan memakai syiar agama lain, contoh salib.
Pakai dalam solat, solatnya sah. Tetapi perbuatan memakai pakaian itu haram, sama ada dalam solat atau luar solat.
Bagaimanapun, tidak ada masalah untuk orang Islam menyarung jersi dari mana-mana pasukan bola kegemaran mereka jika tiada unsur agama lain pada pakaian tersebut.
Jersi-jersi yang tiada logo syiar orang kafir, harus dipakai. Contohnya kelab Arsenal, itu tidak haram kerana tiada syiar orang kafir.
Antara yang sahih ada lambang salib adalah jersi Brazil. Boleh beli jersi ini, tetapi conteng di bahagian salib, jangan bagi nampak lambang salib.
Lambang salib
Sementara itu, Ustaz Azhar juga berkongsi tentang enam pasukan yang bertanding di Piala Dunia yang dipercayai mempunyai lambang salib pada jersi mereka.
Menurut hemat saya, ada enam kumpulan yang mempunyai lambang salib di jersi mereka iaitu Norway, Belgium, Sweden, Brazil, Portugal dan Switzerland.
Contohnya pada jersi Portugal memang ada salib, bukan kebetulan.
Sebelum ini saya pernah ke laman sesawang rasmi mereka dan apabila klik pada logo akan terpapar sejarah logo, iaitu memang tentang salib agama Kristian.
Apabila ada lambang agama lain, kita orang Islam sebaiknya tidak memakainya.
Tuntasnya, minat terhadap bola sepak dan Piala Dunia boleh terus diraikan, namun sokongan yang diberi haruslah disusuli dengan sikap berhati-hati serta peka terhadap sensitiviti agama agar tidak bercangggah dengan pegangan Islam.
Sumber: TikTok








