Memasuki enam tahun usia perkahwinan, pelakon terkenal, Nelydia Senrose memberitahu sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Bangun Menyusu Awal Pagi’ – Kamal Adli Bangga Dengan Cara Uqasha Senrose Urus Anak
Artikel Berkaitan: Raysha Rizrose Selamat Timang Bayi Perempuan
‘Saya letak pada percaturan Allah’
Foto: Berita Harian
Ketika ditemui OhBulan!, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Binti Nik Sen, 31, berkata bahawa dirinya sentiasa terbuka sekiranya dikurniakan rezeki zuriat oleh Allah SWT.
Saya sentiasa terbuka mendapat rezeki (anak) dari Allah SWT. Saya menerima dengan hati terbuka dan sudah pasti itu membahagiakan saya. Selebihnya saya hanya letak pada percaturan Allah SWT.
Apabila ditanya mengenai keakraban hubungannya dengan anak Uqasha iaitu Hawra Uqaira, aktres ini mengakui bahawa anak kepada kakaknya itu mempunyai tempat istimewa di hatinya.
Saya sangat sayangkan Uqaira, dia adalah soft spot saya dan saya sangat sayangkan dia. Sampaikan setiap kali tengok dia, saya rasa nak nangis.
Memang saya dah ada anak saudara sebelum ni tapi mungkin Uqaira ni anak saudara perempuan dalam keluarga, jadi rasa tu sangat dekat.
Selain itu, pelakon Setelah Terlafaznya Akad ini turut menzahirkan rasa sayangnya terhadap anak kepada adiknya, Raysha Rizrose, meskipun mereka jarang bertemu.
Anak Raysha pun saya sangat sayang tapi kami jarang berjumpa. Sebab saya dah mula masuk set penggambaran tapi saya akan ambil masa untuk bertemu dengan anak-anak saudara saya.
Tambahnya lagi, kehadiran dua anak saudara perempuan dalam keluarganya tahun lalu adalah satu anugerah yang sangat bermakna buat dirinya.