berita

[VIDEO] 600 Mat Motor Sangkut Roadblock Besar Besaran Di Karak, Polis Keluarkan 358 ‘Surat Cinta’

June 29th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Hujung minggu merupakan hari untuk ‘mat motor’ melepaskan gian berkonvoi dan mempamerkan jentera masing-masing di beberapa lokasi yang sentiasa menjadi pilihan mereka. Salah satu lokasi tempat mereka menguji jentera ialah di Lebuhraya Pantai Timur di kawasan Karak ke Kuala Lumpur.

Memetik laporan Berita Harian, lebih daripada 600 mat motor telah terperangkap selepas dua lokasi tumpuan mereka iaitu kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Laachang dan R&R Chenor telah diserbu pihak berkuasa melalui Ops Tutup Khas. Pihak polis telah membuat sekatan jalan raya terbesar bagi menghalang kumpulan mat motor ini dari terlepas.

Menunggang di bawah pengaruh dadah

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1606900949487609/195371585184631/?type=3&theater

Paling saya kesal, ada yang sanggup menunggang motosikal tanpa brek belakang dan ini amat berbahaya bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga kenderaan lain.

Pada masa sama, tiga penunggang motosikal dikesan berada di bawah pengaruh dadah dan daun ketum, manakala tujuh lagi kesalahan alam sekitar.

Menurut Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Polis Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain, polis telah mengluarkan 358 saman atas pelbagai kesalahan dan telah menyita 20 buah motosikal. Antara kesalahan yang dikesan ialah lesen dan cukai jalan telah tamat tempoh serta pengubahsuaian motosikal yang mengundang bahaya.

Laluan tumpuan mat motor

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1606900949487609/273718970501800/?type=3&theater

Kebanyakan mereka ini anak muda dan kita nasihatkan mereka jika minat berlumba bukan di atas lebuh raya, tetapi hendaklah ke litar Sepang

Tambahnya lagi, pihak polis telah berjaya mengesan terdapat beberapa penunggang motosikal yang menunggang secara berbahaya selain berlumba antara satu sama lain.  Lebuhraya ini menjadi laluan popular bagi kumpulan motosikal dari Lembah Kelang yang berkonvoi setiap hujung minggu. Seramai 12 pegawai dan 52 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam Ops Tutup Khas ini, dibantu lima daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta 10 daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Sekatan jalan raya besar-besaran

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1606900949487609/2235784619900727/?type=3&theater

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1606900949487609/2676481709238760/?type=3&theater

Sumber: Berita Harian, Info Roadblock

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×