berita

[VIDEO] 8 Orang Terperangkap Dalam Kereta Kabel Termasuk 6 Kanak-Kanak

August 23rd, 2023 | by Yong
Kini Trending

Di Pakistan, baru-baru ini tular lapan orang terperangkap dalam kereta kabel di tengah laluan merentasi sebuah lembah selepas salah satu kabelnya terputus.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Maut Ketika Sertai Acara Lari Dalam Guni

8 orang terselamat

Memetik laporan BBC News, lapan orang itu termasuk enam kanak-kanak lingkungan 10 hingga 16 tahun dan dua orang dewasa. terkandas dalam kereta kabel di tengah laluan merentasi sebuah lembah selepas salah satu kabelnya terputus.

Dikatakan, mereka menggunakan kereta kabel untuk ke sekolah namun secara tiba-tiba tali kabel yang dinaiki terputus pada ketinggian 365 meter di pertengahan perjalanan wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Menurut tentera Pakistan, misi menyelamat itu amat sukar dan berbahaya sehingga memerlukan dua helikopter bagi mengukuhkan kedudukan kereta kabel dan menyelamatkan mangsa selepas usaha untuk memperbaikinya gagal.

Ia adalah operasi rumit yang memerlukan ketepatan yang teliti. Helikopter tidak boleh mendekati kereta kabel secara dekat kerana tekanan udara akan menyebabkan salah satu penyangkut sokongan rantai akan putus.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sekitar jam 7 pagi waktu tempatan di mana penduduk terpaksa menggunakan pembesar suara masjid untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa di seberang lembah.

Perdana Menteri Interim Pakistan, Anwaar ul Haq Kakar, berkata beliau lega, dan berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi menyelamat.

Video

Sumber: BBC News

SKIP THIS AD ×