berita

Video Abang Macho Jual Ikan Raih 1 Juta Tontonan, Ramai Gadis Tak Sabar Nak Pergi Pasar

August 30th, 2021 | by Amirul Asraf
Video Popular

Setiap pekerjaan sudah pasti mempunyai etika pemakaian yang sesuai buat para pekerja tatkala melaksanakan tugas. Bagi mereka yang bekerja secara outdoor, pakaian yang agak santai dan selesai seperti t-shirt sudah pasti menjadi pilihan utama jika dibandingkan dengan pakaian formal.

Di TikTok, Rafeeq memuat naik foto mengenai penampilan dirinya bersama rakan-rakan sebelum dan selepas mereka berniaga ikan di pasar. Ternyata foto selepas mereka bekerja di pasar berjaya memukau 1.1 juta penonton yang melihat video tersebut. Wow!

Jaga-jaga!

@r4feeqnak jugak ?????? ##fypdongggggggg @svifulanwar @abdfareez @harithfishfresh? Genius(Sia part) – LSD ft. Sia, Diplo, Labrinth

Menurut Rafeeq, mereka kerap memuat naik video mempromosikan jualan ikan di aplikasi media sosial tersebut. Tambahnya, mereka menjual ikan di Pasar Larkin, Johor. Menerusi video terbaru, Rafeeq dan rakan-rakan menunjukkan perubahan imej mereka ketika bekerja dan selepas bekerja. Susulan daripada itu, rata-rata netizen terutama kaum wanita terpegun melihat personaliti tampan pemuda-pemuda tersebut. Malah, mereka berseloroh mahu rajin ke pasar untuk bertemu Rafeeq dan rakan-rakannya dan membeli ikan dari mereka.

Esok mak tak payah pergi pasar

Sumber: Rafeeq

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×