![[VIDEO] Abang Tesla Dakwa Ditinggalkan, Mohon Ayah Kandung Bertaubat – ‘Daripada Umur 5 Tahun, Dia Tak Balik’](https://asset.ohbulan.com/2026/02/tesa.jpg)
Pempengaruh, Abang Tesla berharap agar ayah kandungnya bertaubat serta kembali kepada keluarga untuk memohon kemaafan atas kesilapan yang dilakukan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Kedua Didakwa Tiru Tempat Percutian Isteri Pertama, Abang Tesla Tampil Bersuara
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Tesla Dedah Aslam ‘Order’ Tiga Iphone 17 Pro Max – ‘Lupa Ada 2 Rumah’
Ditinggalkan ayah kandung?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu dilihat meninggalkan komen di hantaran Abang Tesla atau nama lengkapnya Muhammad Khal Iltizam Yusry, 31, mengenai ayah kandungnya.
Pada komen tersebut, individu berkenaan memaklumkan bahawa ayah kandung pempengaruh berusia 31 tahun itu mengirimkan salam kerana sudah lama tidak bertemu.
Bang, ayah abang kirim salam.
Dia kata dia yang buka kedai telefon sebelum abang Tesla ambil alih.
Dia kata lama tak jumpa.
Bagaimanapun, reaksi Abang Tesla mengejutkan rata-rata netizen yang mendakwa dirinya ditinggalkan sejak usia lima tahun.
Selain itu, lelaki yang didakwa ayah kepada Abang Tesla itu juga dikatakan tidak pernah menjenguknya sejak ditinggalkan.
Dia tinggal aku dari umur aku 5 tahun.
Tiada nak jenguk.
Penjelasan Abang Tesla
Dalam pada itu, Abang Tesla menafikan dakwaan bahawa dia mengambil alih bisnes milik ayahnya.
Dakwanya, ayah kandungnya itu hanya menggunakan dirinya sebagai salah satu cara meraih kepercayaan orang ramai.
Kalau boleh saya memang tak mahu cerita. Tapi ini membabitkan orang ramai.
Dia gunakan saya untuk dapatkan kepercayaan orang. Ramai yang mesej saya untuk kutip hutang.
Kes yang dia kata saya ambil alih bisnes itu, adalah tidak benar.
Sementara itu, Abang Tesla turut meluahkan rasa kesal terhadap tindakan ayahnya yang disifatkan sebagai figura tidak bertanggungjawab.
Tambah Abang Tesla, dia hanya mendoakan agar ayah kandungnya kembali ke pangkal jalan sekali gus menyedari kesalahan yang dibuat pada anak-anak.
Daripada umur 5 tahun, saya tunggu dia depan televisyen. Tak balik-balik.
Setiap kali raya saya selalu harapkan dia balik.
Saya tak nak orang terpedaya dengan dia. Saya marah bersebab. Dia dah libatkan ramai orang.
Saya doakan dia bertaubat dan sedar lah diri. Hidup ini bukan selamanya.
Sumber: TikTok @ABG.TESLA








