![[VIDEO] Abby Abadi & Azza Elite Berpelukan Selepas Baca Berita Marissa Dania Dalam Proses Cerai – ‘Jadi Versi Lebih Baik Selepas Ini’](https://asset.ohbulan.com/2026/04/IMG_5458.jpeg)
Pelakon dan usahawan, Abby Abadi, berkongsi satu video yang memaparkan reaksi penyanyi, Azza Elite, saat dimaklumkan mengenai berita perceraian anaknya, Marissa Dania.
Artikel Berkaitan: Marissa Umum Dalam Proses Berpisah, Abby Abadi Harap Kemelut Segera Selesai – ‘Keluarlah Dari Mimpi Ngeri’
Artikel Berkaitan: ‘Kami Kini Dalam Proses Berpisah, Berikan Sedikit Ruang’ – Marissa Dania
Abby Abadi, Azza sebak
Menerusi rakaman tersebut, kedua-dua ahli kumpulan Elite ini dilihat sedang sibuk menguruskan perniagaan sebelum dikhabarkan mengenai berita tersebut.
Pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan menceritakan bahawa dia terlebih dahulu membaca perkhabaran tersebut menerusi media sosial sebelum menyerahkan telefon kepada Azza.
Sejurus selepas membaca berita berkenaan, mereka tidak dapat menahan sebak sebelum masing-masing berpelukan tanda gembira.
Menerusi ruangan kapsyen, Abby menitipkan pesanan agar Marissa terus kuat untuk keluar daripada kesedihan yang dilalui sepanjang bergelar isteri kedua kepada pempengaruh, Aslam.
Mama dan Aunty Azza sayang adik sangat-sangat.
Kuatkan semangat untuk keluar dari keadaan ini. Semoga cepat selesai dan Allah permudahkan segalanya.
Abby juga memberikan kata-kata semangat kepada anaknya itu untuk bangkit semula dan menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.
Tiada apa yang perlu dikejar di dunia ini, kerana semuanya hanya sementara ye adik.
Yang benar-benar berharga bukanlah penilaian ataupun pujian manusia, tetapi hati yang tenang, harga diri, maruah yang terjaga.
Adik kuat, Adik hebat! Jadi versi yang lebih baik selepas ini.
Ingat dan semat dalam hati, apa saja situasi, mama akan sentiasa ada.
Terdahulu, Marissa memberitahu prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk sebelum ini telah berubah kepada proses perceraian.
Marissa mendedahkan, dia dan suaminya kini sedang melalui fasa perpisahan selepas dua kali lafaz talak dibuat sepanjang perkahwinan mereka.
Menurut Marissa, perbicaraan yang berlangsung sebelum ini terpaksa ditangguhkan bagi memberi ruang kepadanya untuk memberikan keterangan.
Sumber: Instagram Abby Abadi








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)