Semangat perpaduan di Malaysia semakin jelas apabila ramai pempengaruh daripada pelbagai kaum tampil berkongsi pengalaman mereka mencuba untuk berpuasa serta melaksanakan ibadah lain sebagai tanda sokongan dan menghargai rakan beragama Islam.

Artikel Berkaitan: Mek Yun Gembira, Sebak ‘Lepaskan’ Abe Wee

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Boss James Minta Tolong Hawa Rizwana Baca Doa Makan Semasa Sahur Buat Netizen Teruja – ‘Tahun Ini Niat Puasa Penuh’

Baca doa

@abewee1

Harap semua faham…jawapan untuk soalan yang sama selalu ditanya. Kita hormat agama Islam ❤️ #fyp

♬ original sound – abewee – abewee

Personaliti media sosial, Abe Wee merupakan antara individu yang banyak mengetengahkan kandungan tentang keharmonian di negara ini turut menerima soalan daripada pengikutnya berkenaan agama Islam iaitu berkaitan doa makan.

Kenapa Abe Wee tak pernah baca doa makan macam influencer Cina yang lain?

Menurut Abe Wee, dia dan seluruh keluarganya mengetahui cara untuk membaca doa makan, ia adalah impak daripada pergaulan mereka bersama masyarakat Melayu sejak dari kecil lagi.

Sebenarnya saya boleh baca, satu keluarga saya boleh baca doa makan terutama pok (ayah).

Sebab kami semua belajar dari asrama dan dari kecil lagi bergaul dengan komuniti orang Melayu, sampaikan kami fasih berbahasa Melayu.

Walau bagaimanapun, Abe Wee menegaskan dia amat berhati-hati tentang perkara yang melibatkan agama kerana tidak mahu menimbulkan sebarang isu atau menyentuh sensitiviti.

Dalam masa yang sama, kami sangat berhati-hati bila melibatkan doa kerana kami tak mahu ia menjadi isu perkauman atau jadi sensitif pada agama Islam.

Saya dan keluarga terlalu hormat kepada agama Islam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Abe Wee kerana peka dengan isu agama, malah mereka juga menyifatkannya sebagai seorang pempengaruh yang boleh menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.

Sumber: TikTok Abe Wee