Pelawak dan pelakon, Achey tidak dapat menahan sebak apabila segelintir warganet menuduhnya selebriti yang sudah sendu dan didakwa mengambil kesempatan terhadap anaknya, Nur Tiara, menerusi hasil jualan produk Tiara Candy.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Dedah Isteri Pernah Kerja ‘Cleaner’ Tiga Bulan, Nak Tolong Lunas Hutang Tertunggak – ‘Gaji Dia Semua Bagi Aku’

Artikel Berkaitan: Achey Berang Dengan Kenyataan Pasangan Suami Isteri Kahwin Tapi Tak Mahu Zuriat -‘Anak Pewaris & Penyeri Hidup’

‘Sendu ke?’

@ohbulanofficial

Pelawak dan pelakon, Achey tidak dapat menahan sebak apabila segelintir warganet menuduhnya selebriti yang sudah sendu dan didakwa mengambil kesempatan terhadap anaknya, Nur Tiara, menerusi hasil jualan produk Tiara Candy.#ohbulan #kinitrending #acheykintangkintung #sebak #dituduh

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Menerusi potongan klip dari siaran langsung di TikTok, pemilik nama Mohd Nasir Hamzah dilihat menitiskan air mata apabila membaca komen daripada seorang individu yang mengatakan dirinya sudah tidak lagi relevan.

‘Sebab awak dah sendu kan?’ Ya, betul memang tengah sendu. Jangan buat akaun palsu semata-mata nak beri komen yang tidak baik kepada saya.

Saya tiada masalah kalau kalian nak kecam saya tetapi kalau kecam anak dan isteri saya tu, saya pun terasa.

Menurut Achey, dia tidak pernah memaksa anaknya untuk berniaga, sebaliknya hanya menggunakan nama Tiara sebagai jenama bagi produk jualannya.

Saya paling tidak tahan kalau orang kecam anak saya. Anak saya tidak tahu apa-apa. Sampai sekarang orang cakap saya makan duit anak saya.

Kalau kalian cakap saya tumpang rezeki anak saya, memang betul saya tumpang rezeki dia.

Selepas Tiara Candy meletop, kalian ada nampak ke saya suruh dia berniaga lagi? Tiada kan? Saya juga yang meniaga.

Sumber: TikTok