Penyanyi Nourul Depp mendedahkan bahawa hubungannya bersama anak sulungnya, iaitu Ayu Nazirah, sedang diuji apabila dipercayai wujud pengaruh pihak ketiga.

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto ‘Throwback’ Bersama Anak, Nourul Depp Tulis Kapsyen ‘Tipulah Kalau Tak Rindu’

Artikel Berkaitan: Nourul Depp Pernah Jalani Pembedahan Buang Uterus & Ovari – ‘Kanser Sebab Stress’

Hasutan demi kepentingan sendiri

Menerusi sebuah podcast bersama Bukak Mulut di TikTok, Nourul Depp atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab menjelaskan bahawa situasi yang berlaku bukan berpunca sepenuhnya daripada dirinya.

Sebaliknya ia dipengaruhi oleh pihak ketiga yang didakwa memberi idea serta hasutan demi kepentingan sendiri.

Tahun 2022 bukanlah tahun yang mudah untuk saya.

Tahun 2023 pula menjadi yang paling sukar sehingga perniagaan saya turut terjejas.

Paling menyakitkan apabila wujudnya orang ketiga yang memberi idea kepada anak saya.

Bagaimanapun, dia menyedari bahawa sebagai seorang ibu, dia tidak mampu mengawal sepenuhnya kehidupan anaknya.

Semestinya saya tidak mampu mengawal anak kita sepenuhnya kerana dia juga mempunyai kehidupan sendiri dan berhak meneroka haluan hidupnya.

Teruskan, saya faham.

Tapi bila ada orang ketiga yang menghasut atau memberi idea atas kepentingan diri sendiri, itu yang buat saya marah.

Serahkan kepada Tuhan

Dalam masa sama, pelantun lagu ‘Aku Cinta Aku Rindu’ itu, memilih untuk menyerahkan segala urusan kepada Tuhan.

Tambahnya lagi, ramai ibu bapa di luar sana berdepan situasi yang sama, apabila mereka tidak sanggup melihat anak terluka.

Saya serahkan segalanya kepada Allah, apa yang berlaku, biarlah Allah yang menunjukkan jalan, menyedarkan, dan menguruskan semuanya.

Kita sebagai ibu bapa sudah memberikan yang terbaik dari segi pelajaran, didikan, dan segala yang termampu.

Selebihnya terletak pada diri dia sendiri.

Saya tahu ramai ibu bapa di luar sana berdepan situasi yang sama.

Sebagai ibu bapa, kita tidak sanggup melihat anak terluka walaupun sedikit, kita sendiri terasa sakitnya.

Kita tidak mahu mereka kecewa atau rasa rugi.

Tetapi dalam masa yang sama, kita perlu membiarkan mereka merasai pengalaman itu agar mereka dapat belajar dan menjadi lebih matang.

Bercerita lanjut, dia turut berkongsi bahawa telah mencuba pelbagai cara untuk memperbaiki keadaan, namun respons yang diterima daripada anaknya kini dilihat semakin kurang.

Malah, dia mengakui pendekatannya sebelum ini yang menganggap anak sebagai ‘kawan’ mungkin satu kesilapan, kerana hubungan antara ibu bapa dan anak perlu mempunyai batas yang jelas.

Bagi saya kalau dia nak belajar sesuatu itu tak ada masalah tapi jangan putuskan hubungan.

Saya biarkan, sebab saya dah buat semua yang perlu dibuat.

Dah cuba macam-macam tapi sehingga kini saya kena operation, respon yang dia bagi tu hanyalah ‘You get well soon’.

Itu dah bukan antara mak dengan anak.

Hubungan saya dengan anak memang seperti seorang kawan, dan saya akui itu adalah kesilapan saya kerana terlalu menganggap dia sebagai kawan.

Hakikatnya, hubungan antara ibu bapa dan anak tidak boleh dijadikan seperti kawan.

Kita boleh berbaik, berkongsi cerita, dan terbuka tentang banyak perkara, tetapi batas itu tetap perlu ada.

Saya tetap seorang ibu, dan dia perlu ingat kedudukan itu.

Ada perkara yang mungkin boleh dilakukan dengan kawan, tetapi bukan dengan ibu sendiri.

Terdahulu, timbul dakwaan mengenai hubungan Nourul dan anak perempuannya itu berada dalam fasa yang kurang baik.

Sumber: TikTok