berita

[VIDEO] ‘Adik Tak Demam Pun.. Mama Rasa Badan Adik Okay Je Tapi Rupanya..’

January 11th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Demam sawan kebiasaannya berlaku apabila suhu badan anak terlampau tinggi sehingga mencecah 38.5 darjah Celsius. Bayi yang diserang sawan tidak sedarkan diri dan tiada tindak balas apabila dipanggil.

Selain itu, kedua-dua kaki dan tangan menjadi kejang serta mata mungkin terbeliak ke atas. Di Facebook, seorang ibu berkongsi detik cemas ketika anak kesayangan diserang sawan. Walaupun suhu dari luaran normal, siapa sangka bayinya itu ‘panas dalam’.

Saat-saat menakutkan

Saat-saat yang menakutkan mama. Ya Allah tak terkata rasanya. Minggu lepas adik kena minggu ni adik kena lagi. Padahal adik tak demam pon. Mama rasa badan adik ok je. Tapi rupanya adik panas dalam. Nasib masa dekat hospital doktor kata bila kena je terus mandikan atau basahkan dia.

Mama tak kuatlah syg. Semoga cepat sembuh. Mama takut sangat-sangat. Esok kita pergi injection yea syg. Bila jadi lagi doktor dan misi pesan. Mengerengkan dia. Pastu basahkan satu badan panggil-panggil nama dia sampai dia menangis dan sedar. Jangan baringkan. Nanti air liur tu masuk balik boleh menyebabkan pernafasan tutup. Get well soon anak mama.

Dua kali sawan

Allahu. Ayra baru kena lagi. Doakan Ayra. Ada dekat zon merah kecemasan. Mohon doakan Ayra. Hari ni 2 kali adik sawan. Ya Allah tak sanggup. Pukul 11 pagi kena. Ni pukul 7 petang kena lagi. Allahu. Tak sanggup mama. Pray for Ayra. Terima kasih semua yang mendoakan Ayra. Tak terbalas. Maaf tak dapat reply satu-satu mesej status.

Dah boleh main

Ramai yang nak tahu perkembangan Ayra. Alhamdullilah syukur padamu ya Allah. Terima kasih kepada semua sahabat yang baru mengenali tak putus-putus messenger. Komen mendoakan untuk kesihatan Ayra. Syukur Ayra dah Off dari demam hari ni. Dah boleh makan. Boleh main seperti biasa. Lepas ni kena hati-hati lagi. Sentiasa pantau panas badan dia.

Menceritakan detik cemas yang dihadapi, ibu, Norazura Muhammad Nor memberitahu anak diserang sawan sebanyak dua kali dalam satu hari. Walaupun badan tidak panas, anaknya rupanya panas dalam. Doktor ada menasihatkan agar membasahkan badan anak sambil mengiringkan badan jika serangan berlaku.

Berkat doa daripada orang ramai, anaknya kini sudah pulih dari demam namun dinasihatkan untuk sentiasa memantau suhu badan.

Sumber : Norazura Muhammad Nor

The following two tabs change content below.