berita

[VIDEO] Adira Bantu Promosi Biskut Raya, Datuk Red Cakap Ada Nampak ‘Sinar’

April 1st, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini, penyanyi dan usahawan, Adira Suhaimi memuji semangat suaminya, Datuk Red yang berusaha keras mahu bangkit kembali mengubah kehidupannya.

Artikel Berkaitan: Bagi Saya Peluang Beraya Dengan Anak-Anak Untuk Kali Terakhir Sebagai Suami’ – Datuk Red

Adira promosi biskut raya Datuk Red

Menerusi perkongsian di Instagram, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira binti Suhaimi bersama anaknya, Anggerik dilihat tidak lokek mempromosikan produk jualan Datuk Red iaitu biskut raya.

Kita sokong Datuk Red jual biskut raya. Esok (hari ini) boleh dapat di ‘beg kuning’.

Apa yang menarik perhatian ramai, apabila pelantun lagu ‘Lara Lagi’ itu sempat bergurau dengan memuji Datuk Red kelihatan masih kacak di matanya.

Sementara itu, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata di siaran langsung TikTok, kuih raya tersebut boleh dibeli di aplikasi TikTok bermula hari ini sekitar 4 petang. Dalam pada itu, Datuk Red akui terharu kerana Adira sudi mempromiskan produk perniagaanya.

Korang tengok, tadi dia (Adira) ada post video (promosi kuih raya). Ada nampak lah sinar tu. Haraplah, terima kasih tuan puan yang mendoakan.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ??????? (@adira.suhaimi)

Sumber: Instagram Adira Suhaimi, TikTok Datuk Red

SKIP THIS AD ×