berita

[VIDEO] Adira Suhaimi Nekad Bercerai Dengan Datuk Red – ‘Keputusan Saya Tetap Sama’

April 24th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Penyanyi, Adira Suhaimi tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, kira-kira jam 9 pagi bagi prosiding pelantikan hakam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Adira Salam Datuk Red Minta Berkat Sebelum Ke Umrah, Netizen Doa Tak Jadi Berpisah – ‘Harap Jumpa Jawapan Di Makkah’

Artikel Berkaitan: Bagi Saya Peluang Beraya Dengan Anak-Anak Untuk Kali Terakhir Sebagai Suami’ – Datuk Red

Nekad untuk berpisah

Adira yang hadir ditemani peguam syarie, Nor Saidah Zakaria kelihatan tenang melangkah masuk ke perkarangan mahkamah dan berharap segala proses dipermudahkan.

Menurutnya, dia nekad untuk berpisah dengan suami, Datuk Red.

Alhamdulillah saya tenang sahaja. Semoga semuanya dipermudahkan seperti apa yang kami sudah bincangkan. Lebih tenang dan apa yang saya boleh cakap keputusan saya masih tetap sama, paling penting tenang.

Sementara itu, peguam syarie Nor Saidah berkata keputusan bergantung kepada Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adnan Abu.

Sepatutnya hari ini untuk lantikan hakam masing-masing tapi Adira ada buat perbincangan dengan pihak Datuk Red.

Perbincangan akan dibentangkan di hadapan hakim dan kita tengok apa pendirian Datuk Red nanti.

Sementara itu, selang 5 minit kemudian, Datuk Red tiba di mahkamah sambil ditemani peguam syarie, Muhammad Akmal Azman

Bagaimanapun Datuk Red enggan memberikan sebarang ulasan dan terus melangkah masuk ke dalam mahkamah.

@ohbulanofficial Adira Suhaimi nekad bercerai. Kita doakan yang baik2 buat Adira dan Datuk Red ?? #ohbulan #sembangentertaintment #adirasubaimi #datukred #hakam #pertama ? original sound – OHBULAN!

Terdahulu, Adira memfailkan perceraian terhadap suaminya, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu pada 25 Oktober 2023.

Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

SKIP THIS AD ×