Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mengimbas kembali pengalaman pahit ketika awal pembabitannya dalam dunia lakonan apabila pernah dimarahi seorang pengarah sehingga meninggalkan kesan mendalam.

Artikel Berkaitan: Hayla Berjaya Catat Jualan Kek Batik RM100,000 Dalam Sebulan! Wawa Zainal & Aeril Zafrel Hadiahkan Kedai

Trauma dimarah pengarah

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 36, berkata insiden tersebut membuatkan dirinya berasa trauma dan takut setiap kali perlu ke set penggambaran.

Saya trauma. Sampaikan rasa nak datang ke set penggambaran saya jadi terfikir, apa perlu saya lakukan supaya tidak dimarahi.

Untuk melawan trauma itu, saya kena berjaya. Saya perlu buktikan saya boleh berjaya, kerana saya tidak mahu dimarahi atau dimaki lagi.

Aeril berkongsi perkara itu menerusi podcast Show Dalam Bilik yang disiarkan di YouTube OhBulan Official.

Menurut Aeril lagi, kejadian sama berulang beberapa kali sebelum akhirnya tidak lagi dimarahi apabila namanya semakin dikenali.

Bila sudah sedikit dikenali dan ada nama, baru lah tidak dimarahi lagi. Saya tidak tahu adakah itu memang proses pembelajaran sebagai pelakon atau lumrah kehidupan?

Disebabkan pengalaman itu juga, Aeril bersama isterinya, Wawa Zainal nekad untuk membina perniagaan sendiri agar tidak lagi bekerja di bawah arahan orang lain.

Kejadian itu juga membuatkan saya dan isteri membuat keputusan untuk memulakan perniagaan dan ada bisnes sendiri.

Video

Sumber: YouTube