![[VIDEO] Afifah Nasir Umum Hamil Anak Pertama – ‘Kini Bab Baru Bermula’](https://media.ohbulan.com/2025/05/afifah-hamil.jpg)
Pelakon Afifah Nasir mengumumkan kini sedang hamil anak pertama selepas genap setahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Syed Hariz.
Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Syukur Dikurniakan Ibu Yang Hebat, Tak Pernah Meminta Pada Anak-Anak– ‘Mama Malu Nak Susahkan Walaupun Kami Mampu’
Artikel Berkaitan: Afifah Nasir Terharu Terima Pujian Daripada Hafreez Adam – ‘Saya Nampak Awak Utamakan Rumah Tangga & Suami, I’m Proud Of You’
‘Bab baru bermula’
Khabar gembira itu dikongsi oleh pemilik nama Nur Afifah Nasir, 32, menerusi hantaran video di Instagram pada Ahad.
Dalam muat naik video itu, Afifah menunjukkan imbasan foto yang memaparkan kandungannya selain menzahirkan perasaan gembira.
Setahun yang lalu, kita hanya menulis kisah cinta kita, satu halaman pada satu masa.
Kini, bab baru bermula dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diri ini.
Keajaiban kecil kami, dibuat dengan cinta.
Perkongsian itu mendapat reaksi gembira daripada orang ramai dan juga rakan artis yang meluahkan rasa syukur terhadap berita itu.
Untuk rekod, Afifah dan Syed Hariz mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Komen netizen
Sumber: Instagram