![[VIDEO] Ahmad Aslam Pertahan Isteri Pertama – ‘Saya Pun Tidak Faham Kenapa Umisya Dikecam’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/aslam-dan-umisya-dua.jpg)
Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam tampil mempertahankan isteri pertama, Umisya Mazlan selepas menerima kecaman daripada netizen berhubung isu rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: Suami Abby Abadi Pernah Bagi Amaran, Tampar Aslam – ‘Selama Ini Saya Diam’
Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Kongsi ‘Quote’ – ‘Usaha Jadi Perempuan Ceria, Hidup Penuh Syukur & Tidak Berdendam’
‘Kecam saya’
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid, 25, meluakan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang bertindak melulu dengan mengkritik Umisya.
Kata Aslam, netizen sepatutnya mengecam dirinya kerana dia yang bersalah dalam hal tersebut.
Saya pun tidak faham. Kecamlah saya, kenapa kalian kecam Umisya? Untuk apa?
Perkongsian itu kemudiannya menarik perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan kata-kata Aslam.
Terdahulu, nama pasangan ini menjadi bualan hangat apabila Aslam membuat keputusan untuk berkahwin dua sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan perdebatan di media sosial.
Sehingga kini, pasangan ini sering mendapat perhatian netizen dan menjadi sorotan media susulan kehidupan peribadi mereka yang terbuka dikongsi di platform media sosial.
Komen netizen
Sumber: TikTok