Personaliti televisyen, Aidid Marcello terpanggil untuk menegur hal kematian yang sering kita lupakan kerana sibuk hal dunia.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Minta Maaf Dengan Ketawa, Tak Patut Buat Begitu’ – Aidid Marcello Tegur Adab Pempengaruh & Minta Turunkan Ego

Artikel Berkaitan: Aidid Marcello Syukur Anak Sulung Berjaya Hafaz 30 Juzuk Al-Quran Dalam Tempoh 11 Bulan, Air Mata Isteri Mengalir Tanda Gembira

Ingat mati

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aidid difahamkan baru selesai menguruskan pemergian salah seorang ahli keluarganya yang berusia 90 tahun.

Menurutnya, individu yang menguruskan hal kematian sangat beruntung kerana sentiasa ingat mati.

Pagi tadi, aku dikejutkan satu kematian iaitu sebelah nenek aku punya adik beradik.

Aku baru saja balik dari tanah perkuburan dia dan sekarang aku ke kubur ayah untuk melawat.

Dekat sini pula ada kematian yang baru. Aku cuma nak cakap, kita tak boleh memandang rendah dengan orang yang bekerja di tanah perkuburan.

Kerja mereka hari-hari diingatkan dengan kematian. Kita yang kejar dunia ini, memang akan dilalaikan.

Hidup dengan baik

Dalam pada itu, Aidid meminta agar berhenti seketika daripada mengejar dunia dan melihat kembali tujuan kehidupan.

Sedikit kata-kata nasihat, kadang-kadang kita kena berhenti sekejap. Kalau ada kematian atau ada orang sakit, pergi lah melawat.

Mungkin kita boleh mempersiapkan apa yang perlu kita buat.

Hidup ini untuk apa sebenarnya? Kita asyik mengejar, sampai bila dan untuk apa?

Apa-apa pun, lakukan lah kehidupan dengan baik dan berfaedah.

Yang mana bergaduh dengan adik-beradik, baik-baik. Selagi kita hidup, kita cuba rapatkan semua yang jauh.

Dalam pada itu, Aidid sempat menitipkan pesanan untuk sentiasa menabur kebaikan agar ramai orang yang datang dan mendoakan di hari kematian kita.

Sumber: TikTok @AididMarcello