![[VIDEO] ‘Air Minuman Yang Tertinggal Jangan Ambil Semula’ – Fedtri Yahya](https://asset.ohbulan.com/2025/10/fedtri-yahya3.jpg)
Pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya menitip nasihat kepada orang ramai tentang bahaya meminum air yang telah ditinggalkan.
Artikel Berkaitan: Syada Amzah Dakwa Lokasi TTMM Seram, Kongsi Pengalaman Sendiri – ‘Benda Itu Ada Atas Kepala & Merenung Saya’
Artikel Berkaitan: Amad Tumbang Sebelum Buat Persembahan Akhir TTMM
Perkongsian Fedtri
Menerusi hantaran di TikTok, Fedri mengingatkan kepada orang ramai untuk tidak meminum air yang sudah lama ditinggalkan di sesuatu tempat.
Kalau kita tertinggal air di suatu tempat, tak payah patah balik untuk ambil semula.
Terutama kalau sudah tinggal lama, di kawasan yang ada persaingan, contohnya di pejabat atau gelanggang.
Menurut Fedri, tindakan tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghindarkan diri daripada perkara yang tidak diingini atau hasad dengki seseorang.
Mungkin orang sudah meletakkan sesuatu, sama ada yang berbahaya atau memabukkan.
Atau yang lebih dahsyat ada unsur-unsur mistik atau sihir. Apabila kita minum ada kesan yang kita tidak ingini.
Tambah pengacara Malaysia Hari Ini itu, air sering kali digunakan sebagai perantara untuk melakukan perbuatan khurafat.
Ini hanyalah langkah pencegahan sebab air antara medium yang banyak digunakan untuk tujuan seperti sihir. Jadi kena berhati-hati.
Air adakala jadi penawar, adakala jadi ruang untuk membinasakan orang lain.
Sumber: TikTok Fedri Yahya








