Perlawanan Byon Combat Showbiz Volume 4 melibatkan pempengaruh Malaysia, Aisar Khaled menentang selebriti Indonesia, Fadly Faisal yang berlangsung pada Sabtu menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, aksi spontan Aisar yang dilihat cuba ‘memikat’ pempengaruh, Fuji turut menjadi bualan hangat netizen di media sosial.

‘Fuji single tak?’

@tauwee_ Lucu banget #fadlyfsl #aisarkhaledd #fujian ? suara asli – Whosema

Menerusi video yang tular di TikTok memaparkan Aisar atau nama lengkapnya Aisar Khaled Kamel tewas selain menyaksikan pesaingnya, Fadly memenangi dalam pertarungan yang diadakan di Jakarta, Indonesia itu.

Kemenangan tersebut sekaligus membuatkan Fadly diangkat sebagai pemenang tali pinggang Influence Championship Boxing (ICB) antarabangsa pertama di Asia.

Menurut Aisar dia sudah melakukan yang terbaik dan menyifatkan impiannya untuk bersaing dengan Fadly dalam perlawanan tersebut sudah tercapai.

Terima kasih Fadly, kamu sangat hebat. Salam kenal, Fuji (adik perempuan Fadly) mana?

Tidak terhenti di situ, Aisar kemudian meminta kebenaran kepada Fadly untuk bergambar bersama adik perempuannya itu.

Saya nak tanya, Fuji single tak?

Susulan daripada kekalahan tersebut, Aisar turut memberikan wang berjumlah 100 juta rupiah bersamaan RM28,000 kepada Fadly dan keluarga seperti yang dijanjikan.

Dalam masa yang sama, Aisar sempat bergurau dengan bertanya kepada bapa Fuji iaitu Faisal tentang amaun hantaran yang  perlu diberikan kepada pempengaruh itu.

Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet beranggapan bahawa tujuan pertarungan itu adalah kerana Aisar  yang mahu berkenalan dengan Fuji.

Macam mana nak menang dalam fikirannya hanya ada Fuji

Sudah dah pengsan, sempat cari Fuji

Papa terus dipanggil ayah Fuji

Adoi Aisar walaupun nafas dah semput hujung-hujung dia tak lupa nak cari dia punya Fuji juga

Ini yang menang Aisar atau Fadly tapi kenapa Aisar yang bahagia sangat

Aku dah cakap, dia sengaja kalah kepada Fadly kerana Fuji, misi sebenar bukan nak menang fight tetapi nak menang hati Fuji.

Duit dia tak akan habis, dia jutawan muda Malaysia

‘Kalau nak lamar Fuji cukup tak?’

@sitorusbriann fujii mana fujii? fuji singgle gaa? #aisarkhaledd #fuji #fadlyfaisal #byoncombat #fyp ? suara asli – opungchuloo
@connie20000109 #fuji #aisarkhaledd ? bunyi asal – CON?

Sumber: TikTok