![[VIDEO] Aisar Khaled Satukan Dua Negara, Netizen Puji Usaha Bantu Indonesia – ‘Memang Respect’](https://asset.ohbulan.com/2025/05/aisar-3.jpg)
Pempengaruh terkenal, Aisar Khaled meraih pujian apabila usahanya membantu rakyat Indonesia mengeratkan hubungan dengan Malaysia secara tidak langsung.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Disentuh Tanpa Henti, Aisar Khaled Dah Mula ‘Fed Up’ Dengan Peminat Indonesia? – ‘Rimasnya Tengok’
Artikel Berkaitan: Tukang Potong Rumput ‘Melutut’ Di Kaki Aisar Khaled, Syukur Dapat Wang Sara Keluarga
Hubungan Malaysia dan Indonesia
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel dilihat berada di Surabaya, Indonesia bagi sebuah acara bersama para peminat.
Pada video yang berdurasi 41 saat itu, Aisar dikerumuni peminat dari pelbagai generasi yang menyambut kehadirannya.
Cuma seorang budak negeri jiran yang cuba memberi kebahagian membantu di negeri orang.
Bagaimanapun, Aisar dipuji netizen dengan kebaikannya yang secara tidak langsung menyatukan dua negara menjadi lebih erat.
Bangga dengan Aisar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih atas usaha Aisar yang berterusan dalam memberi bantuan kepada rakyat Indonesia yang memerlukan. Selain itu, warganet turut mendoakan pempengaruh berusia 25 tahun itu sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: TikTok @AisarKhaledd