![[VIDEO] Ajai Puji Amira Othman, Tak Kosong Dalam Bidang Muzik – ‘Saya Suka Artis Yang Beri Pendapat’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/AjaiPujiAmiraOthman1.jpg)
Penyanyi dan komposer, Ajai memuji keperibadian penyanyi, Amira Othman sewaktu mereka bekerjasama bagi menghasilkan sebuah lagu, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Ajai Puji Aura & Daya Tarikan Dimiliki Thalita – ‘Sama Dengan Arwah Maknya’
Artikel Berkaitan: Ajai Syukur Permohonan Maaf Diterima, Terkesan Lihat Tangisan AC Mizal – ‘Kawan Tetap Kawan’
Amira penyanyi yang sopan

Ketika ditemui OhBulan!, Ajai atau nama lengkapnya Mohamad Faizal Maas, 50, menyifatkan Amira sebagai seorang penyanyi yang sangat sopan dan mudah untuk bekerjasama dengannya.
Malah, pelantun lagu ‘Aduh’ ini turut kagum dengan Amira yang mempunyai ilmu pengetahuan mendalam dalam bidang muzik.
Saya bekerjasama bersama dengan dia untuk pembikinan OST bagi sebuah drama dan berdasarkan drama itu saya hasilkan naskhah untuk dia.
Mudah bekerjasama dengan Amira, bagus budaknya. Sopan dan sangat ‘soft spoken’. Dia begitu menghormati seni.
Saya suka artis yang memberikan pendapat, bukannya datang dan menyerahkan segalanya kepada komposer semata-mata.
Dia juga ada ilmu tentang nota-nota muzik, bermakna dia bukan ‘kosong’ dalam bidang muzik.
Ajai berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas konsert final ‘Raise The Star Malaysia’ yang diadakan di Shah Alam Theatre pada Ahad.
Dalam pada itu, Ajai turut meluahkan rasa kagum terhadap kemampuan vokal Amira dan mempunyai nyanyian yang sedap didengar.
Saya meminati suara dia dan saya pernah cakap yang suara ini bukan soal tinggi atau rendah tetapi ia lebih kepada nada.
Saya suka seseorang yang memegang kepada konsep dan mereka hanya perlu tunggu masa untuk ‘spark’ sahaja.
Paling penting kita nak dengar penyanyi yang sedap didengar (easy listening) dan benda itu ada pada Amira.
Nyanyian dia begitu sedap dengan ‘range’ yang sesuai.








